Wednesday 29 August 2012

PEMIKIRAN


DISEDIAKAN OLEH : 
NURULHUDA BT OMAR
DPLI- SR MAT/PM
INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM


TAJUK :        PEMIKIRAN

1.0      Pengenalan Konsep Pemikiran

        Konsep pemikiran adalah proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak  dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Teori dan definisi pemikiran yang telah dikemukakan oleh ahli- ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20, adalah dihuraikan secara ringkas seperti yang berikut.
        Menurut Dewey (1910) menghuraikan pemikiran  sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Guilford(1967) pula berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir.  Dari Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan fungsi otak kiri manusia yang berfikir secara kritis dan otak kanannya berfikir secara kreatif. William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas, sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima melalui deria. Di dalam proses dalaman ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan.
         Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang mengawal tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur (merenung). Berdasarkan pandangan dan definisi yang telah dinyatakan, konsep pemikiran boleh dirumuskan iaitu pemikiran adakah sesuatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti- aktiviti menyusun idea- idea atau perkara- perkara yang tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah yang kian mencabar.

2.0       Konsep Kemahiran Berfikir 

      Kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan sewajarnya. Mengikut kajian, terdapat tiga peringkat pemikiran. Di peringkat bawah ialah pemikiran konkrit diikuti dengan pemikiran abstrak dan peringkat tertinggi ialah pemikiran kreatif.
      Pemikiran konkrit adalah berkaitan dengan kemahiran berfikir di peringkat ingatan dan kefahaman sahaja.  Manakala pemikiran abstrak dan kreatif adalah berkaitan dengan kemahiran kritis dan kreatif.

3.0      Ciri- ciri Pemikiran

         Berdasarkan teori dan definisi ahli-ahli psikologi tersebut,maka ciri- ciri pemikiran dirumuskan seperti berikut iaitu pemikiran berlaku kerana wujudnya rangsangan khasnya semasa keraguan dan masalah yang timbul dan berlaku dalam minda seseorang. Ia berfungsi sebagai suatu proses mengikut prosedur yang menyeluruh. Ciri proses pemikiran merupakan aktiviti kognitif yang berlaku ke atas rangsangan yang diterima dengan pengalaman- pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Ia merupakan usaha seseorang individu yang cuba mencari, memahami, mengadaptasi dan mengasimilasinya sebagai tindak balas terhadap rangsangan yang diterima pada ketika itu. Tujuan berfikir seseorang ialah mentafsir rangsangan dengan membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang rasional terhadapnya atau menyelesaikan masalah yang dihadapinya.


4.0     Model- model Pemikiran

         Konsep pemikiran dapat digolongkan dalam satu model pemikiran pertama berdasarkan pengertian, definisi dan tafsiran ahli- ahli psikologi. Model pemikiran pertama ini merangkumi tiga komponen utama iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap. Operasi mental terdiri daripada operasi kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif merangkumi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, manakala operasi metakognitif merupakan operasi yang mengarah serta mengawal kemahiran dan proses kognitif iaitu membimbing fikiran orang supaya mencari makna dan khususnya, melakukan operasi merancang, mengarah, menyemak dan menilai.
        Pengetahuan pula terdiri daripada fakta, maklumat, ilmu, kefahaman, hukum, peraturan dan sebagainya. Pengetahuan ini adalah disimpan dalam ingatan. Manakala sikap pula terdiri daripada penentuan keberkesanan terhadap proses pemikirannya. Sikap ini adalah berkaitan rapat dengan nilai kendiri. Sikap positif atau negatif akan mempengaruhi peringkat kemahiran dan kualiti berfikir seseorang. Rajah 1.0 berikut menyatakan Model Pemikiran Pertama dalam tiga komponen utama tersebut.

  Rajah 1.0 : Model Pemikiran : Komponen- komponen  Berfikir


            Model Pemikiran Kedua pula merangkumi tiga komponen yang utama, iaitu Input ( rangsangan), Operasi (proses) dan Output (hasil). Selain daripada ketiga- tiga komponen ini, sesetengah ahli psikologi pula menghuraikan proses pemikiran dengan menambahnya dua komponen yang berkaitan iaitu proses ingat kembali dan metakognisi. Proses ingat kembali mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Mengikut kajian , data yang diproses akan disimpan pertamanya dalam ingatan jangka pendek yang berulang- ulang dan kemudian dikodkan dalam ingatan jangka panjang.
            Data yang disimpan dalam ingatan, sama ada jangka pendek atau jangka  panjang, akan diingat kembali supaya komponen operasi mental dapat digunakan untuk menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang diperoleh daripada rangsangan luar. Semasa proses pemikiran berlaku, proses metakognisi pula merancang dan mengarah, mengawal, menyemak dan menilai segala operasi pemikirannya. Rajah 1.1 menunjukkan Model Pemikiran Kedua yang menghuraikan proses pemikiran manusia dalam lingkungan kelima- lima komponen yang telah disebutkan.

                                 Rajah 1.1 Model Pemikiran Kedua: Proses  Pemikiran

  
5.0      Jenis- jenis Pemikiran

           Terdapat beberapa jenis pemikiran. Jenis-jenis pemikiran ini boleh digalakkan oleh guru di dalam bilik darjah.

5.1      Pemikiran Mendatar/ Lateral

         Pemikiran lateral juga dikenali sebagai pemikiran analiitkal. Ia telah diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektif- perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De Bono mengatakan bahawa terdapat empat faktor penting dalam pemikiran mendatar iaitu mengenalpasti idea- idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi, melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, melonggarkan cara- cara pemikira yang terkawal dan menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.
       Tujuan menggunakan teknik pemikiran lateral ialah untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti sumbangsaran di mana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu berhubung dengan satu sama lain. Terdapat 5 jenis teknik pemikiran lateral. Antaranya iaitu perkaitan bebas, konsep “reversal”, kaedah objek fokal, kaedah cabaran dan menganalisa masalah. Bagi teknik perkaitan bebas, ia berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapat banyak idea- idea bebas untuk murid-murid  mmebentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji. Kaedah “reversal” adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid-murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat cara- cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.
     Kaedah objek fokal di mana murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan mengaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji. Murid-murid mencabar cara- cara atau perkara-perkara yang dilakukan dengan keadaan sedia ada dinamakan kaedah cabaran. Ia menggalakkan konsep pemikiran di luar kotak. Proses memcahkan situasi atau masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dinamakan teknik menganalisa masalah. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan menjana alternatif-alternatif berbeza kepada sesuatu masalah.

5.2       Pemikiran Menegak

      Pemikiran ini juga diasaskan oleh Dr Edward De Bono di mana pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang trdisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dikenali sebagai “ vertical thinking”. Ciri-ciri pemikiran menegak adalah murid-murid mesti betul dan tepat dalam setaip langkah, klasifikasi dan label adaah tetap, seseorang itu mesti betul setiap masa, ia mengikut urutan yang spesifik dan menunpukan kepada apa yang relevan.
            Seseorang individu akan menggunakan pemikiran lateral apabila bergerak dari sesuatu idea tetap kepada proses mencipta idea- idea baru. Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti apakah masalah yang dihadapi, apakah alternatif-alternatif yang terdapat, apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut, apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya dan  adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tidak.

Jadual 1.0 Perbezaan di antara pemikiran menegak dan pemikiran lateral.


5.3      Pemikiran Kritis
   
Pemikiran kritis berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya. Ia adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak dan melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan. Selain itu, pemikiran kritis juga melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu idea, data atau maklumat bagi tujuan pemahaman yang jelas dan munasabah terhadap sesuatu perkara ataupun idea. Ia juga boleh dirujuk sebagai satu bentuk pemikiran reflektif.
Pemikiran kritis membenarkan murid-murid mengenalpasti isu-isu yang tidaj selari dengan struktur skema ( cara melihat dunia mengikut pengalaman yang lepas) dan mencari  cara- cara untuk mengubahsuai skema untuk memasukkan maklumat baru atau menolak sesuatu maklumat melalui proses penaakulan. Ciri-ciri murid yang berfikir secara kritis adalah membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai maklumat menyelesaikan masalah, menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui cabaran aktif dan penglibatan dalam kurikulum, boleh menganalisa hujah,menjana tafsiran, mengenal dan menilai tanggapan dan pandangan mereka sendiri dan orang lain.
Guru-guru boleh menerap kemahiran pemikiran kritis di kalangan murid seperti menggunakan strategi berpusatkan murid, mengurus fakta secara sistematik dan tersusun, memberi soalan- soalan yang lebih sukar kepada murid yang bijak, menggalakkan perbincangan dan aktiviti menyelsaikan masalah, mengarah murid-murid  membanding isi-isi yang kuat dan lemah dan mengarah murid-murid membuat pertalian yang signifikan serta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar.
     Pemikiran kritis juga memerlukan individu berfikir secara sempurna. Apa yang dimaksudkan sempurna adalah melihat idea ataupun isu itu secara meneyeluruh yang memerlukan penelitian menyeluruh pada idea atau perkara supaya dapat memperolehi kesimpulan atau hujah yang bernas .

5.4      Pemikiran Kreatif

          Ialah satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjana pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya dengan memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-muridnya mengeluarkan idea yang unik dan kreatif.
      Guru-guru boleh menyemai kemahiran berfikir secara kreatif dengan cara-cara seperti melatih murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan relevan, guru mengemukakan soalan mengikut darjah soalan yang diberikan, soalan latihan yang diberikan bermula dengan soalan mudah dan berakhir dengan soalan sukar, menyediakan soalan lisan secara spontan, guru-guru mesti memupuk semangat ingin tahu dan pemikiran murid dengan soalan yang unik, murid mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak dan guru-guru perle memperkenalkan strategi pengajaran seperti penyoalan dan penyelesaian masalah agar menjana pemikirna kreatif.
     Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah untuk menjana pemikiran kreatif. Selain itu, banyakkan soalan terbuka di dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan yanh betul asalkan ia logik dan munasabah. Guru-guru harus memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat agar murid-murid dapat melibatkan diri dalam perbincangan intelektual.

5.5        Pemikiran Divergen

         Ia juga dikenali sebagai pemikiran bercapah. Tujuan utama pemikiran ini ialah untuk murid menjanakan seberapa banyak idea mengenai sesuatu topik dalam satu masa yang ditetapkan. Ia  juga melibatkan kemahiran guru- guru dalam membahagikan sebuah topik kepada unit- unit yang kecil supaya murid- murid dapat menganalisis topik utama secara lebih mendalam. Di dalam proses pemikiran divergen, individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari cara atau idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Pemikiran divergen lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera dan humanistik.
           Guru-guru boleh meningkatkan pemikiran divergen dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan soalan–soalan bercapah yang menekankan pelbagai jawapan/cadangan/cara penyelesaian. Murid juga diberikan kebebasan dengan menggunakan cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah terbuka. Guru perlu menggunakan tenik penyoalan terbuka atau bercapah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggunakan kaedah kumpulan, kaedah perbincangan dan sumbangsaran agar murid-murid dapat menjana banyak idea.
           Selain itu, guru-guru perlu menggalakkan murid- murid mengeluarkan idea secara kreatif dari diri sendiri. Peranan guru juga dengan mendengar, menerima dan memuji cadangan dan idea yang luar biasa daripada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-murid.  Senua individu mempunyai keupayaan berfikir secara divergen kerana semua individu mempunyai otak sebelah kanan.

5.6      Pemikiran Konvergen

     Pemikiran ini telah dicipta oleh ahli psikologi terkenal yang bernama J.P Guilford pada tahun 1967.  Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan bagi menghasilkan satu idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip,teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
      Pemikiran konvergen yang bertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu penyelesaian tertentu adalah dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Pemikiran ini sesuai untuk mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Soalan-soalan konvergen terdiri daripada soalan- soalan yang dapat menganalisis satu sumber maklumat.Kebiasaannya soalan konvergen bermula dengan perkataan mengapa, bagaimana atau dalam cara apa..?.
       Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan di atas ialah menerangkan, menyatakan, membandingkan serta membezakan. Guru-guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana dalam pemikiran ini, murid-murid perlu membuat pilihan daripada banyak jawapan atau respon atau alterntif-alternatif yang berbeza. Murid-murid yang pandai mempraktikkan pemikiran ini ialah merela yang dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber untuk membentuk satu penyelesaian yang betul.
    Terdapat beberapa cara bagi meningkatkan pemikiran konvergen dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah guru memberikan soalan-soalan tertutup yang menekankan satu jawapan atau cadangan atau cara penyelesaian sahaja. Selain itu, guru perlu memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Tumpukan pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal. Teknik penyoalan menggunakan teknik penyoalan tertutup atau berstruktur. Pemikiran konvergen menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Soalan-soalan yang diberikan berasaskan hukum, prinsip atau konsep-konsep tertentu demi memperoleh jawapan yang tepat.

5.7          Pemikiran Reka Cipta

      Pemikiran ini didefinisikan sebagai pemikiran “artistik” di mana individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat. Sifat-sifat individu yang mempunyai kemahiran pemikiran reka cipta yang tinggi adalah seperti mempunyai kemahiran motor yang tinggi, kemahiran yang tinggi dalam dalam berinteraksi dengan orang lain dan boleh mencipta sesuatu yang unik dalam jangka masa yang pendek.
            Pemikiran reka cipta kreatif adalah amat penting bagi subjek seeprti seni, pengukiran, kemahirna hidup, kajian tempatan dan sains. Ini berlaku apabila perkembangan perisian di mana murid- murid mesti mengkordinasi pergerakan tangan mereka dengan menggunakan kemahiran motor mereka. Guru-guru boleh memanipulasi kemahiran motor “manipulatives” murid-murid untuk meningkatkan kemahiran reka cipta mereka. “ Manipulatives” melibatkan kordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh kemahiran tangan. Ini merangsang perkembangan motor hlus kerana ia memerlukan kemahiran penggunaan tangan terkawal dan otot jari.
        Guru-guru boleh melaksanakan strategi dan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran kordinasi otak dan motor murid-murid mereka. Satu daripada masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru adalah mengajar murid-murid yang mempunyai kemahiran motor halus dan kasar yang berbeza-beza di dalam bilik darjah.

5.8      Pemikiran Celik Akal

       Pemikiran celik akal didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran ini juga merujuk kepada kebolehan mental individu untuk menggunakan celik akal yang abstrak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada. Pemikiran celik akal berhubungkait dengan memperolehi penyelesaian secara tiba-tiba dalam menyelesaikan masalah seperti yang dikemukakan oleh teori Kohler. Oleh itu, pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman ‘Aha’ kerana ia menghubungkait kepada situasi di mana individu-individu mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan tiba-tiba dan dalam keadaan yang tidak terancang.
      Pemikiran reka cipta merujuk kepada pengalaman seseorang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sukar dalam jangka masa yang tertentu. Pengalaman lepas dan kesediaan murid-murid untuk belajar akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka secara tepat dan efisien. Dalam pemikiran ini, murid-murid akan mengalami pengalaman baru dan penyelesaian kepada masalah dan juga mendapat pengertian yang mendalam. Mengikut pengertian tersebut, apa yang tidak diketahui dan difahami pada masa lampau akan menajdi jelas dan  mudah kepada seseorang individu.
      Strategi yang dicipta dari pemikiran ini adalah berbeza daripada proses pemikiran  normal. Guru-guru patut menggunakan rangsangan yang sesuai untuk menggalak pemikiran celik akal di kalangan murid-murid mereka dengan menggunakan alat bantuan mengajar seperti kotak teka-teki, radas matematik dan lain-lain. Guru-guru juga mesti memastikan yang mereka memberi penjelasan yang jelas tentang proses-proses dan kaedah-kaedah yang terlibat sebelum mengarah murid-murid mereka untuk menjalankan aktiviti- aktiviti yang menggunakan pemikiran celik akal. Oleh yang demikian, boleh dilihat yang guru memikirkan cara-cara yang berbeza untuk menyemai pelbagai kemahiran berfikir di kalangan murid-murid.

6.0      Teknik-teknik Merangsang Kepelbagaian Pemikiran Murid

Penggabungan pemikiran kreatif dan pemikiran kritis adalah salah satu matlamat penting pendidikan untuk membantu murid-murid. Kedua-dua jenis pemukiran ini adalah penting bagi membentuk seorang pemikir yang seimbang. Murid-murid perlu diterapkan dengan pelbagai kemahiran berfikir untuk membolehkan mereka menjalankan tugasan-tugasan yang tidak dapat diurus oleh mereka sendiri, membawa murid-murid ke tahap pencapaian yang membolehkan mereka menghabiskan tugasan secara sendiri, membolehkan murid-murid mencapai kebolehan berdikari.
    Selain itu, membenarkan murid-murid mengarah pembelajaran melalui pencarian penyelesaian masalah, membantu menjadikan proses pemikiran murid-murid lebih eksplisit. Murid-murid juga boleh membentk hipotesis dan ujian dengan maklum balas serta merta dan membantu dalam perbincangan dengan rakan sebaya.
     Pihak sekolah juga boleh mengambil langkah-langkah untuk menyemai pengajaran kemahiran berfikir dalam konteks kurikulum dan bukan bukan kurikulum seperti pengajaran langsung pemikiran dalam konteks bukan kurikular, penggunaan kaedah-kaedah yang menggalak pemikiran dalam konteks kurikular dan penyusunan pelajaran dengan objektif kemahiran-kemahiran yang spesifik.
         Selain daripada menyemai kemahiran berfikir yang asas, guru-guru juga perlu menyemai kemahiran berfikir tahap tinggi dalam aktiviti kelas seperti pembuatan keputusan dan metakognitif (memikirkan tentang kemahiran berfikir). Guru-guru perlu menerapkan kemahiran berfikir seperti mencari maklumat, perasaan ingin tahu, perasaan mengambil berat, kebolehan membuat refleksi dan membuat penilaian rasional. Guru-guru boleh menyemai kemahiran berfikir di kalangan murid-murid seperti dalam Jadual  2.0  berikut. Justeru itu, guur-guru memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid menjadi pemikir yang efektif walaupun mereka memiliki gaya-gaya pembelajaran yang berlainan.

Penyemaian Kemahiran Berfikir
Kaedah Menggalak Kemahiran Berfikir
Menyemai kemahiran berfikir kreatif
Menjana banyak pilihan divergen bagi sesuatu situasi penyelesaian masalah
Menyemai kemahiran berfikir metakognisi
Memantau, menilai dan memandu pemikiran sendiri
Menyemai pemikiran kritikal/konvergen
Menganalisa komponen dam hubungan dalam sesuatu sistem
Menyemai pemikiran divergen
Membandingkan dan membezakan pilihan-pilihan
Menyemai kemahiran berfikir divergen dan penaakulan
Membuat inferens dan pentafsiran dariapada data

Jadual  2.0 : Kaedah-kaedah Untuk Menyemai Kemahiran Berfikir

7.0      Kepentingan Kemahiran Berfikir

        Kita akan menjadi pemikir yang baik  apabila kita sedar akan pemikiran kit adan berusaha berfikir dengan lebih teliti dan bertanggungjawab terhadap proses pemikiran kita. Kemahiran berfikir amat diperlukan bagi merealisasikan Wawasan 2020 dna hasrat negara. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan dan kekuatan minda yang dimiliki oleh rakyatnya.
         Kemahiran berfikir amat penting kerana keputusan yang baik adalah hasil daripada proses pemikiran yang baik. Pemikir yang baik perlu menyedari dia sedang berfikir dan sedang menggunakan segala kemahiran-kemahiran berfikir yang diperlukan bagi membuat keputusan yang baik. Latihan berfikir amat diperlukan dalam usaha mencapai hasrat falsafah pendidikan negara iaitu membentuk insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kemahiran ini dapat melatih murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dewasa ini dengan bijak dengan cara menggabungkan segala pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir yang diajar atau diperoleh.
            Kemahiran berfikir juga melahirkan individu yang lebih berfikiran terbuka, berkeyakinan serta berani menyuarakan pendapat dan pandangan serta dapat menghasilkan idea yang bernas seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dapat dinafikan maklumat adalah sumber pengetahuan kepada daya fikir dan dengan ledakan teknologi maklumat ini, guru bukanlah sumber utama pengetahuan kerana pembelajara lebih berbentuk mencapah. Gabungan dariapda dua unsur ini iaitu teknologi dan kemahiran berfikir akan melahirkan murid yang kreatif dan kritis.

8.0      Kesimpulan

Kesimpulannya, guru harus memainkan peranan sebagai pencetus keapda aktiviti kemahiran berfikir di kalangan murid-muridnya. Pelbagai jenis pemikiran perlu didedahkan kepada murid. Pendedahan ini penting agar murid boleh meneliti kecenderungan berfikir yang ada pada dirinya.
Berdasarkan daripada huraian di atas, telah dinyatakan dengan jelas bahawa setiap jenis-jenis pemikiran akan membawa faedah yang tidak ternilai kepada murud-muridnya. Lantaran itu, guru seharusnya berusaha untuk menerapkan cara-cara yang boleh meningkatkan setiap jenis pemikiran tersebut dalam persediaan pengajarannya.





SLIDE TINGKAH LAKU BERMASALAH

TINGKAH LAKU BERMASALAH

SLIDE PEMIKIRAN

http://www.scribd.com/doc/104270309/Psikologi-Pemikiran-New

PEMIKIRAN


DISEDIAKAN OLEH :
JUNAIDAH BINTI ABDUL JALEL
DPLI MT/PM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN




1.0 PENGENALAN
            Akal ialah pemberian yang paling berharga kepada manusia. Perkara yang membezakan manusia dengan haiwan-hiwan lain ialah akal. Daripada akal, manusia mula berfikir. Proses berfikir dan cara berfikir membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Gaya berfikir seseorang akan menentukan personaliti dan corak kehidupannya.
            Menurut V.R. Ruggiero (1984), pemikiran boleh ditakrifkan sebagai satu operasi mental yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan kemudian membuat keputusan atau rumusan serta memenuhi keinginan untuk mendapatkan sesuatu jawapan. Manakala Beyer (1991) pula menyatakan bahawa pemikiran adalah operasi mental yang menggunakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan bagi membuat adaptasi dan asimilasi, begitu juga untuk merumus atau mencari makna sesuatu konsep. Pemikiran juga adalah satu proses mental dalaman yang menggunakan data atau maklumat sebagai input, maklumat tersebut dipadukan dengan bahan yang pernah diperlajari untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Ia berlaku setiap masa termasuk semasa makan, tidur atau melakukan sebarang aktiviti yang tidak berkaitan.      
            Menurut Edward De Bono menyatakan bahawa pemikiran adalah perkara yang utama boleh dilakukan oleh mana-mana sistem pendidikan adalah untuk mengajar pemikiran konstruktif. Beliau juga berkata yang pemikiran tradisional adalah terlalu perlahan dalam menghasilkan idea-idea baru. Guru-guru perlu menanam kemahiran berfikir secara operasi yang mengajar murid-murid cara-cara untuk bertindak dan bukan sahaja memperolehi pengetahuan. Mengikut Bono, murid yang mempunyai kemahiran berfikir operasi adalah mereka yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Penyelasaian masalah, perancangan, pengintegrasian maklumat dan penganalisisan merupakan cabang-cabang pemikiran yang utama. Pemikiran adalah satu proses untuk memahami bagaimana otak kanan berfikir secara kreatif dan otak kiri berfikir secara kritikal.
            Oleh itu, pemikiran adalah satu konsep yang sangat penting kerana membolehkan individu boleh mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang sikap dan perhubungan manusia dalam persekitaran sosial. Ia juga dapat memudahkan proses pengesanan penyakit mental dan menyediakan penyelesaiannya. Oleh yang demikian, berfikir secara bijak merupakan konsep yang penting dan merupakan satu alat pembelajaran yang berguna untuk murid-murid dan guru-guru.

2.0 KONSEP PEMIKIRAN
            Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman  yang sedia ada dalam ingatan.
            Terdapat banyak teori pemikiran yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20. Teori dan definisi mereka adalah dihuraikan secara ringkas adalah seperti yang berikut :
·         Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
·         Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan dan keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir
·         Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif
·         Mayor (1977) mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah
·         Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengalaman dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsirkan dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut.
·         Vincent Rejan Ruggiero (1984) memberi definisi pemikiran sebagai aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu hasrat memperoleh sesuatu jawapan
·         John Barell (1991) menghuraikan pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha untuk mencapai keputusan yang wajar
·         Beyer (1991) memberi erti pemikiran adalah sebagai operasi mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasimiliasinya dengan tujuan membentuk atau mencari sesuatu makna
·         William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang sangat pantas sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima melalui deria. Proses dalaman ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan.
            Tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Proses pemikiran dan usaha oleh otak adalah untuk mencari rasional. Oleh itu, ia adalah suatu aktiviti mental yang sangat penting dalam proses penyelesaian masalah. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai kebolehan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Semasa berfikir, otak akan bertindak sebagai usaha untuk memahami rangsangan-rangsangan luar yang diterima oleh deria. Setelah itu, otak menukar rangsangan-rangsangan tersebut ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
            Pemikiran adalah konsep yang merangkumi beberapa ciri iaitu seperti :
      i.        Ia berlaku di dalam otak seseorang individu
    ii.        Ia berlaku kerana terdapatnya rangsangan apabila individu berasa curiga atau berhadapan dengan sesuatu masalah
   iii.        Ia berlaku seperti sesuatu proses yang mengikut prosedur yang spesifik
   iv.        Ia adalah suatu aktiviti kognitif yang bertindak atas rangsangan yang diterima oleh lima pancaindera dan ingatan kembali daripada pengalaman
    v.        Ia mentafsirkan pelbagai rangsangan dengan membuat penilaian, keputusan dan penyelesaian sesuatu masalah.

3.0 JENIS-JENIS PEMIKIRAN

            Gaya berfikir menentukan sesuatu keputusan dan tindakan seseorang. Manusia mempunyai gaya berfikir masing-masing. Terdapat beberapa jenis pemikiran iaitu pemikiran jenis mandatar atau lateral, menegak, kritis, kreatif, divergen, konvergen, reka cipta dan celik akal.

            3.1 Pemikiran Mendatar / Lateral

            Pemikiran mendatar atau lateral dikenali sebagai pemikiran analitikal dan diperkenalkan oleh Dr. Edward De Bono. Pemikiran mendatar ini melibatkan proses pemikiran di luar kebiasaan apabila sesuatu masalah diselesaikan melalui sumber yang berlainan atau yang tidak berkaitan. Pemikiran ini adalah untuk melatih minda mempertimbangkan pelbagai aspek yang berbeza dan tidak berkaitan dengan sesuatu masalah bagi memperoleh penyelesaian yang unik yang tidak akan tercapai dengan hanya mengambil kira aspek-aspek biasa dan konvensional.
            Kepentingan pemikiran mendatar ini adalah sesuatu masalah yang perlu dilihat daripada perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De Bono manyatakan bahawa terdapat empat faktor yang sangat penting dalam persekitaran mendatar ini iaitu :
      i.        Mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi
    ii.        Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan
   iii.        Melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal
   iv.        Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.
            Tujuan menggunakan teknik pemikiran mendatar ini adalah untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti yang melibatkan sumbangsaran di mana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu berhubung antara satu sama lain. Terdapat lima jenis teknik pemikiran mendatar atau lateral. Diantaranya adalah :
1)    Perkaitan bebas iaitu berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapatnya banyak idea bebas untuk murid membentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji
2)    Kaedah “Reversal” adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi
3)    Kaedah objek Fokal yang melibatkan murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan kaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji
4)    Kaedah cabaran iaitu murid-murid mencabar cara-cara atau perkara-perkara yang dilakukan dengan keadaan yang sedia ada. Ini dilakukan bukan untuk menunjukkan kedaan yang sedia ada itu adalah salah tetapi untuk menggalakkan konsep “pemikiran di luar kotak”
5)    Menganalisa masalah di mana proses ini memecahkan situasi atau masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali “fractions”. Seorang murid dapat menyusun semula keadaan dengan meletakkan “fractions” dalam cara-cara yang baru. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan menjana alternetif-alternatif berbeza kepada sesuatu masalah.
            Melalui proses pemikiran mendatar ini guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui pelbagai perspektif dengan menggunakan prosedur seperti untuk memecahkan  sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil dan meletakkannya semula untuk melihat penyelesaian yang unik dan berbeza serta untuk melihat alternatif-alternatif yang berbeza berbanding dengan cara-cara tradisional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
            Terdapat juga beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk merangsang pemikiran lateral atau mendatar iaitu dengan menggunakan kaedah seperti senarai rujuk, permainan dan latihan serta matafor dan analogi iaitu persamaan dan perbandingan. Dengan itu, ia akan menggalakkan murid berfikir secara lebih kreatif.
            3.2 Pemikiran Menegak

            Pemikiran menegak dikenali sebagai “vertical thinking”. Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kalangan yang berpemikiran menegak akan memfokuskan kepada satu idea atau penyelesaian sebagai jawapan yang betul serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci. Kalangan yang berpemikiran menegak boleh mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu situasi atau idea yang boleh membantu mereka memahami sesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea tersebut itu dalam situasi tertentu secara berkesan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan. Di antara ciri-ciri menegak adalah seperti berikut :
1)    Murid-murid mesti betul dan tepat dalam setiap langkah
2)    Dalam kategori pemikiran menegak, klasifikasi dan label adalah tetap
3)    Seseorang itu mesti betul pada setiap masa
4)    Pemikiran menegak mengikut urutan yang spesifik
5)    Pemikiran menegak lebih menumpukan kepada apa yang relevan
            Justeru itu, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara pemikiran menegak dan pemikiran lateral seperti pada jadual yang berikut :

PEMIKIRAN MENEGAK
PEMIKIRAN LATERAL
·         Mencari pendekatan yang betul
·         Mencari sebanyak pendekatan yang mungkin
·         Ketepatan
·         Kekayaan
·         Dilanjutkan jika terdapat arah
·         Menjana arah baru
·         Mengikut urutan spesifik
·         Fleksibel
·         Mesti betul pada setiap langkah
·         Tidak perlu betul pada setiap langkah
·         Meningalkan yang tidak relevan
·         Menerima perubahan
·         Kategori/label yang tetap
·         Label mungkin berubah-ubah
·         Meninjau alternatif-alternatif yang mungkin
·         Meninjau alternatif-alternatif yang tidak dijangka
·         Adalah proses finit/tetap
·         Adalah proses kemungkinan
·         Adalah analitikal
·         Adalah provokatif
Jadual 1 : Perbezaan antara pemikiran menegak dengan lateral

            3.3 Pemikiran Kritis

            Pemikiran kritis ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena, persoalan atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Dengan kata lain, pemikiran kritis merupakan semua kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertingkatkan sesuatu situasi. Bagi kalangan yang berpemikiran kritis, penerokaan yang berlaku sangat berkaitan dengan pengalaman yang dialami sama ada melalui bahan bacaan, pemerhatian, mendengar dan melihat atau menempuhnya sendiri.
            Pemikiran kritis menentukan sesuatu atau mempercayai sesuatu. Pemikiran kritis juga mementingkan aspek penilaian yang munasabah. Initipatinya, pemikiran kritis merupakan cara yang berdisiplin yang digunakan oleh seseorang untuk mengesahkan sesuatu.
            Menurut Nosch (2001) terdapat tiga bahagian dalam pemikiran secara kritis iaitu cara bertanya soalan, cuba menjawab soalan dengan memikirkan tentang jawapan dan percaya penaakulan seseorang. Murid-murid yang telah memperolehi kemahiran pemikiran kritis akan menunjukkan ciri-ciri seperti :
      I.        Membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai maklumat dan menyelesaikan masalah
    II.        Menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui cabaran aktif dan penglibatan dalam kursus sepanjang kurikulum
   III.        Boleh menganalisa hujah dan menjana tafsiran yang menunjukkan pola kreatif yang meyakinkan
          
           Terdapat beberapa cara guru boleh menerapkan kemahiran pemikiran kritis di kalangan murid-murid adalah seperti yang berikut :
a)    Mengunakan strategi berpusatkan murid. Ini akan membolehkan murid-murid membuat penilaian dan mencari penyelesaian yang optimal
b)    Mengurus fakta secara sistematik dan tersusun
c)    Mengarah soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid supaya murid menilai semua fakta dengan tujuan menyelesaikan masalah
d)    Memberi soalan yang lebih sukar kepada murid yang lebih bijak untuk menggalakkan tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi.
           Oleh yang demikian, murid perlu mempelajari kemahiran pemikiran kritis melalui kombinasi metodologi arahan terus, demonstrasi, menghafal dan teknik menyelesaikan masalah. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kritis, seseorang individu perlu menjana idea-idea yang bernas dan kreatif dengan membuat analisa secara kritis dan kritikal. Oleh itu, pemikir secara kritis mesti menjadi pemikir kreatif yang dapat menjana pelbagai penyelesaian yang terbaik kepada sesuatu masalah atau konflik yang terlibat.

           3.4 Pemikiran Kreatif

           Pemikiran kreatif ialah satu jenis pemikiran di mana seseorang itu dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya dengan memberikan peneguhan secara positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila muridnya dapat melahirkan idea-idea yang bernas dan kreatif serta unik.
           Beberapa orang pengkaji seperti Cropley (1967) dan Torrance (1962 dan 1972) menyatakan bahawa kanak-kanak yang kreatif biasanya menimbulkan gangguan dalam bilik darjah kerana kalangan ini kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran guru.



           Ciri-ciri pemikiran kreatif adalah seperti yang berikut :
1.    Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru serta fikiran yang baru
2.    Mengutamakan cara-cara yang berbeza untuk melihat sesuatu
3.    Melafazkan fikiran dengan cara-cara yang unik dan berbeza untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan
4.    Tidak berminat untuk mengikuti idea-idea yang sedia ada dalam persekitaran
5.    Memikirkan cara-cara baru untuk mencadangkan penyelesaian pada satu permasalahan yang wujud
           Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah supaya murid dapat berpeluang untuk menjanakan idea-idea yang kreatif. Selain daripada itu, guru juga perlu menggalakkan pemikiran kreatif adalah dengan memperbanyakkan soalan-soalan terbuka dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan sebagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan munsabah.
           Di samping itu juga, guru harus memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat supaya murid dapat bermusyarah dan melibatkan diri dalam kelas perbincangan secara intelektual. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran dan pengajaran supaya mewujudkan murid-murid mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif.

           3.5 Pemikiran Divergen

           Menurut kajian ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen boleh diertikan sebagai pemikiran kreatif. Ini adalah kerana pemikiran divergen sering kali digunakan untuk menghasilkan kreativiti. Pemikiran divergen memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai. Selain daripada itu, pemikiran divergen ini dikenali sebagai pemikiran bercapah. Tujuan utamanya adalah untuk murid menjanakan seberapa banyak idea mengenai satu topik dalam satu masa yang telah ditetapkan. Melalui pemikiran ini juga melibatkan kemahiran guru dalam membahagikan sebuah topik kepada unit-unit yang kecil supaya murid dapat menganalisis sesuatu topik dengan lebih mendalam.
           Idea-idea yang telah dibahagikan kepada unit-unit kecil disusun semula dalam satu struktur yang bersistematik dengan menggunakan satu lagi jenis pemikiran iaitu pemikiran konvergen. Pemikiran divergen harus berlaku dalam satu persekitaran yang spontan dan murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa sekatan. Menurut Guilford (1959) terdapat empat ciri pemikiran divergen iaitu kepelbagaian yang menunjukkan muird berupaya untuk menghasilkan pelbagai idea untuk sesuatu situasi. Selain daipada itu, fleksibel iaitu murid menggunakan perspketif yang berbeza untuk menghasilkan pelbagai cara penyelesaian masalah. Di samping itu juga, keaslian iaitu murid berupaya untuk memikirkan idea-idea baharu yang berguna dan praktikal serta ciri seterusnya adalah terperinci iaitu murid berupaya untuk menjelaskan sesuatu secara terperinci.
           Melalui proses pemikiran divergen ini individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari cara atau idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Biasanya, pemikiran divergen menggunakan unsur-unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

           3.6 Pemikiran Konvergen

           Mengikut Free Dictionary, pemikiran konvergen boleh didefinisikan sebagai pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu kepada penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran ini dikenali sebagai pemikiran bertumpu atau berpandu. Pemikiran konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami. Selain daripada itu, mengikut Guilford (1967) menyatakan bahawa pemikiran konvergen adalah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang itu menggunakan pengetahua sedia ada denagn integrasi logic dan susunan demi mengahsilkan satu idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
           Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan adalah menerangkan, menyatakan, membandingkan serta membezakan. Guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana melalui pemikiran ini murid perlu membuat pilihan daripada banyak jawapan atau alternatif-alternatif yang berbeza-beza.
           Murid yang bijak akan mempraktikan pemikiran jenis ini adalah murid yang dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber untuk membentuk satu penyelesaian yang betul. Oleh itu, pemikiran konvergen sangat sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains. Selain itu pemikiran ini banyak juga diuji dalam peperiksaan-peperiksaan awam.

           3.7 Pemikiran Reka Cipta

           Pemikiran reka cipta didefinisikan sebagai pemikiran artistik di mana individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat di dalam pemikiran ini. Individu yang mempunyai kemahiran pemikiran reka cipta yang tinggi menunjukkan sifat-sifat seperti kemahiran motor yang tinggi, kemahiran yang tinggi dalam berinteraksi dengan orang lain dan boleh mencipta sesuatu yang unik dalam jangka masa yang pendek.
           Pemikiran ini sangat penting dalam mata pelajaran seperti Seni, Pengukiran, Kemahiran Hidup, Pengajian Tempatan dan Sains di mana murid mesti mengkoordinasikan pergerakan tangan mereka dengan menggunakan kemahiran motor mereka. Guru boleh memanipulasikan kemahiran motor ‘manipilatives’ murid-murid untuk mempertingkatkan kemahiran reka cipta secara  kreatif mereka. Proses ‘manipulatives’ akan melibatkan koordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh kemahiran tangan. Ini akan merangsang perkembangan motor halus murid kerana ia memerlukan kemahiran pengunaan tangan yang secara terkawal dan otot jari.
           Alat permaian yang boleh menguatkan kemahiran motor halus dan kasar murid-murid iaitu seperti teka-teki dan ‘play dough’. Oleh yang demikian, guru-guru hendaklah memasukkan beberapa strategi dan aktivit-aktiviti yang boleh mempertingkatkan kemahiran koordinasi otak dan motor murid-murid. Satu daripada masalah yang utama yang dihadapi oleh guru adalah mengajar murid-murid yang mempunyai kemahiran motor halus dan kasar yang berbeza-beza antara satu sama lain di dalam bilik darjah.

           3.8 Pemikiran Celik Akal

           Pemikiran celik akal didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran celik akal ini juga merujuk kepada kebolehan mental seseorang individu untuk menggunakan celik akal yang berbentuk abstrak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang sedia ada. Pemikiran ini juga berhubungkait dengan memperolehi penyelesaian secara tiba-tiba atau secara spontan dalam menyelesaikan sesuatu masalah seperti yang telah dikemukakan oleh Teori Kohler. Oleh itu, pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman “Aha”. Ini adalah kerana ia berhubung-kait kepada situasi di mana individu-individu tersebut untuk mendapatkan sesuatu penyelesaian kepada masalah secara tiba-tiba atau spontan dan dalam keadaan yang tidak terancang.
           Melalui proses pemikiran celik akal, murid-murid akan mengalami pengalaman baru dan penyelesaian kepada masalah dan juga mendapat pengertian yang mendalam. Mengikut pengertian ini, apa yang tidak diketahui dan difahami pada masa yang lampau akan menjadi lebih jelas dan mudah kepada seseorang individu tersebut. Pengalaman lepas dan kesediaan murid-murid untuk belajar akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka secara cepat dan lebih efisien.
           Strategi yang dicipta dari pemikiran jenis celik akal ini adalah berbeza daripada proses pemikiran yang normal. Guru patut menggunakan rangsangan yang sesuai untuk menggalakan pemikiran celik akal di kalangan murid-murid mereka dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti kotak teka-teki, radas matematik dan sebagainya. Guru juga mesti memastikan memberi penjelasan yang sangat jelas tentang proses-proses dan kaedah-kaedah yang terlibat sebelum memberi arahan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemikiran celik akal. Oleh itu, guru perlu memikirkan cara-cara yang berbeza untuk menyemai pelbagai kemahiran berfikir di kalangan murid-murid.

4.0 TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

           Salah satu matlamat yang penting dalam pendidikan adalah membantu murid-murid dengan menggabungkan pemikiran kreatif untuk menjanakan idea-idea dan pemikiran kritikal untuk menilai idea dengan lebih produktif. Kedua-dua jenis pemikiran ini adalah sangat penting bagi membentuk seorang pemikir yang seimbang.
           Menurut Dr. Edward de Bono dalam CoRT Thinking Programme, kemahiran berfikir seseorang murid boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut :
         i.        Mengadakan perbincangan di antara murid-murid di dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikan dan kelemahan
        ii.        Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan
      iii.        Membimbing murid supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan
      iv.        Membimbing murid meneliti segala akibat yang mungkin berlaku dalam jangka masa pendek serta jangka masa panjang
        v.        Membimbing murid meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain
      vi.        Membimbing murid supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.
           Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah untuk menyemai pengajaran kemahiran berfikir dalam konteks kurikulum dan bukan kurikulum adalah seperti yang berikut:



·         Pengajaran langsung pemikiran dalam konteks bukan kurikular
-       Dalam pengajaran langsung murid-murid belajar melakukan satu siri urutan tugas dengan penjelasan daripada guru. Oleh yang demikian, pengajaran langsung boleh digunakan untuk pengajaran pada tahap tinggi seperti penaakulan deduktif dan induktif, sejarah, analisa sastera, kimia, sains, penaakulan undang-undang dan sebagainya.

·         Penggunaan kaedah-kaedah yang mengalakkan pemikiran dalam konteks kurikular
-       Guru perlu menyusun semula kaedah pengajaran dan hasil pembelajaran untuk memasukkan kemahiran berfikir secara spesifik yang mereka ingin terapkan setiap hari dalam konteks kurikular

·         Penyusunan pelajaran dengan objektif kemahiran yang spesifik
-       Guru perlu menyusun semula pelajaran dengan objektif kemahiran berfikir yang spesifik semasa melakukan sesuatu kurikulum. Mereka juga perlu mengenal tugas-tugas pemikiran yang sebenar di mana murid-murid dijangka akan buat.
          
PENYEMAIAN KEMAHIRAN
BERFIKIR
KAEDAH MENGGALAK KEMAHIRAN BERFIKIR
-       Menyemai kemahiran berfikir kreatif
-       Menjana banyak pilihan divergen bagi sesuatu situasi penyelesaian masalah
-       Menyemai kemahiran berfikir mata-kognisi
-       Memantau, menilai dan memandu pemikiran sendiri
-       Menyemai pemikiran kritikal atau kemahiran berfikir secara konvergen
-       Menganalisis komponen dan hubungan dalam sesuatu sistem
-       Menyemai pemikiran divergen
-       Membanding dan membezakan pilihan-pilihan
-       Menyemai kemahiran berfikir divergen dan penaakulan
-       Membuat inferens atau kesimpulan dan pentafsiran dari data
Jadual 2 : Kaedah-kaedah untuk menyemai kemahiran berfikir     
           Oleh itu, guru-guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu murid-murid menjadi pemikir yang efektif walaupun mereka memiliki gaya-gaya pembelajaran yang berlainan.

5.0 KESIMPULAN


           Kemahiran berfkir adalah berkait rapat dengan kemahiran belajar. Semasa kita belajar, kita menggunakan kemahiran berfikir untuk memahami atau mengingati fakta dan ilmu pengetahuan yang dikaji. Selain itu, kita gunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran. Bagi masalah yang kompleks dan rumit, kita perlu gunakan kemahiran berfikir secara kritis dan bagi masalah yang bersaintifik atau menjana dan menghasilkan idea baru, kita juga perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif.
           Terdapat beberapa jenis kemahiran berfikir iaitu pemikiran secara mendatar atau lateral, pemikiran menegak, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, pemikiran divergen, pemikiran konvergen, pemikiran reka cipta dan pemikiran celik akal. Setiap guru perlu menggunakan strategi pembelajaran yang sesuai dan menggunakan alat bantu mengajar yang efektif agar pengajaran dan pembelajaran lebih kreatif dan menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dan lebih kritis.
           Oleh itu, guru-guru perlu mengenal jenis-jenis pemikiran yang menekankan kebolehan murid-murid dalam setiap pelajaran dan perlu menyemai kemahiran berfikir yang asas seterusnya kemahiran berfikir pada tahap yang tinggi dalam aktiviti kelas seperti membuat keputusan dan metakognitif iaitu menekankan tentang kemahiran berfikir. Di samping itu, guru perlu tahu apa kaedah yang sesuai untuk menggalakkan kemahran berfikir di kalangan murid-murid. Secara kesimpulannya, kemahiran berfikir adalah sangat penting dalam menggalakkan murdi-murid berfikir secara lebih kreatif dan lebih kritis.