Tuesday 28 August 2012

TINGKAH LAKU BERMASALAH (Bahagian 2)

 
 Disediakan oleh : Lizawati Binti Rosli
DPLI Mate/PM Ambilan Dis 2011 
IPG Kampus Tuanku Bainun









1.0 PENGENALAN

Sebelum mengambil langkah-langkah untuk mengenalpasti tingkah laku, sebagai guru perlu mengetahui terlebih dahulu jenis-jenis tingkah laku dan punca tingkah laku ditunjukkkan.Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain.Contohnya tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti disruptif iaitu perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. Pergantungan berlebihan ialah kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Manakala tingkah laku agresif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya. Distruktif pula adalah perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak iaitu  persekitaran, tekanan psikologikal, ketakutan dan fobia,peneguhan yang kurang sesuai,kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad, kesukaran tugasan, aktiviti dan tahap rangsangan, kesihatan dan perubatan,jangkaan tingkah laku.


2.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
2. 1 Memilih tingkah laku sasaran
Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan.Memilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa iaitu dengan mengenalpasti masalah-masalah seperti masalah yang membahayakan diri dan orang lain, Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain, masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain,masalah yang tidak sesuai dengan umurnya ,masalah yang terlalu kerap berlaku,masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu,masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya (Zirpoli & Mellow, 2001). Menganalisis tingkah laku sasaran berdasarkan jenis tingkah laku,kekerapan berlaku,jangka masa berlaku,tahap keterukan,jumlah keseluruhan tingkah laku,Mempertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada meningkat atau mengurang.Seterusnya memastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian dan memastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.Tingkah laku sasaran dinyatakan dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

2..2 Mengumpul dan merekod data
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ’baseline data’.Tujuan mengumpul data adalah untuk mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehari,mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu dan mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.
Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik seperti Rekod naratif, Rekod anekdot, Rekod naratif Berterusan, Rekod kejadian (Event recording), Rekod kekerapan,Rekod jangka masa (Duration), Rekod had masa (Interval) dan Rekod sampel masa.
2.3 Melaksana intervensi
Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil perhatian dahulu, iaitu:
i. Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
ii. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
iii. Bila tingkah laku itu berlaku?
iv. Kekerapan tingkah laku itu berlaku.
v. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
vi. Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?
‘Baseline data’ yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku itu itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Progam intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.
Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:
i. Fasa pra intervensi
ii. Fasa intervensi
iii. Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi
Dikenali sebagai ”baseline period”, iaitu guru akanmengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi . Rekod baseline data ini akan djadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.
Fasa intervensi
Setelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama dua minggu.
Fasa selepas intervensi
Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

2.4 Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Gambaran rekod penilaian intervensi adalah seperti berikut.


Kekerapan
30




















25





















20











.
.
.
.
.





15








.
.
.





.




10


.




.









.



5

.

.
.

.











.


0
.




.













.

Hari I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J 
__Baseline data 1__ ______________ Intevensi ______________ __Baseline data 2 _
(Fasa pra intervensi) (Fasa intervensi ) (Fasa selepas Intervensi)
Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.
Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku
Meningkatkan Tingkah Laku dengan peneguhan positif,peneguhan negative,pembentukan (shaping),kontrak, ekonomi token,modeling, rantaian (chaining) dan pengaburan/pelunturan (fading).Cara  Mengurangkan Tingkah Laku penghapusan (extinction), ’time-out’, kejemuan (satiation),hukuman/dendaan, disensitisasi, ’overcorrection’ dan ’Response cost”.
Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model
a.     biofizikal
b.     psikodinamik
c.     behavioral
d.     persekitaran


3.0 CARA-CARA MENGENALPASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU
Satu penilaian tingkah laku boleh dijalankan bagi mengenalpasti tingkah laku sebenar  murid yang menyebabkan sesuatu masalah pembelajaran atau masalah disiplin.Dalam konteks ini,Penilaian Tingkah Laku Berfungsi (Functional Behavioral Assessment) ialah satu pendekatan yang mengintegrasikan pelbagai teknik dan strategi untuk mendiagnosis sebab-sebab dan untuk mengenalpasti intervensi-intervensi yang berkemungkinan untuk mengatasi tingkah laku bermasalah.Teknik dan strategi yang digunakan ialah seperti temubual,ujian diagnostik dan psikologi,pemerhatian dan kaedah-kaedah yang lain.Faktor-faktor afektif,sosial dan biologi yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dapat dikenalpasti melalui penilaian tingkah laku berfungsi.Ia juga digunakan untuk mengesyorkan matlamat-matlamat dan tindakan-tindakan yang perlu dicapai untuk menyelesaikan tingkah laku bermasalah.

3.1 JENIS-JENIS UJIAN (PSIKOLOGI DAN DIAGNOSTIK)
Sebelum sesuatu ujian psikologi dan diagnostik dijalankan,satu proses perlu dijalankan oleh guru dengan mengenalpasti murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah dan membuat perbincangan dengan ibubapa murid tersebut bagi meminta maklumat mengenai perkembangan keseluruhan murid tersebut.Selepas perbincangan,ujian I.Q akan diberikan kepada murid-murid untuk menentukan kebolehan akademiknya secara keseluruhan dan mengenapasti kekuatan dan kelemahannya.Guru juga boleh mentadbir ujian-ujian diagnostik untuk mendiagnos tingkah lakunya dengan lebih terperinci.Hasil keputusan ujian diagnostik akan dibincangkan dengan ibubapa murid tersebut.Guru akan menasihati mereka tentang tindakan susulan yang mereka harus ambil untuk mengatasi masalah tingkah laku bermasalah anak mereka.Ibubapa diberikan keputusan ujian-ujian dalam satu laporan khas.Ujian diagnostik/psikologi boleh ditadbir dalam bentuk soal selidik,skala motivasi atau senarai semak untuk membuat penilaian serta penganalisaan tingkah laku bermasalah murid secara sistematik dan terperinci.

3.1.1 Penilaian Psikologi
Secara umumnya penilaian bolehlah ditakrifkan sebagai satu kaedah atau satu sistem yang digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih baik dan lebih berkesan. Ianya bermula dengan membuat pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan. Secara keseluruhannya penilaian boleh dijalankan oleh pakar-pakar psikologi, pakar psikiatrik, guru pendidikan khas, guru-guru dan ibu bapa. Umumnya penilaian dijalankan bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan serta keperluan seseorang pelajar.D. Stufflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision (Pedagogi 3 Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Mok Soon Sang, Kumpulan Budiman Sdn Bhd 1997 ) membuat takrifan, penilaian itu sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.Penilaian itu adalah sesuatu rumusan daripada dapatan data-data yang telah dikumpul. Dengan kenyataan-kenyataan yang tepat berkenaan tahap pencapaian atau kemerosotan perubahan tingkah laku, sikap, sahsiah, harga diri seseorang atau untuk lain-lain tugasan. Dalam konteks ini pengukuran juga adalah penilaian yang dapat dinyatakan dalam bentuk kuantiti iaitu angka atau gred.
 jenis-jenis penilaian psikologi
Menurut ahli-ahli psikologi penilaian terbahagi kepada beberapa kategori.  Antaranya seperti berikut Penilaian Pengesanan,Penilaian Diagnostik,Penilaian Perkembangan,Penilaian Pencapaian, Penilaian Aptitut, Penilaian Kebolehan, Penilaian Kerjaya, Penilaian Personaliti dan Penilaian Kesihatan Mental.Biasanya penilaian psikologi dijalankan untuk murid-murid yang menunjukkan isu emosi dan atau tingkah laku seperti kemurungan,kebimbangan,serangan panik atau penggunaan dadah/arak.Ia terdiri daripada sesi temuduga dan analisa sejarah /latar belakang.Penilaian psikologi terdiri daripada pengukuran dan penilaian seperti perasaan/emosi,personaliti,tekanan dan distres (reaksi kepada tekanan),stail dan kebolehan untuk berkait kepada orang lain dan tingkah laku bermasalah dan emosi.Penilaian ini bertujuan untuk mendapat satu gambaran yang jelas mengenai tingkah laku bermasalah klien atau tahap emosi distres dan juga untuk menilai kekuatan dan kelemahan murid secara keseluruhannya.Komponen-komponen penilaian psikologi adalah seperti perkembangan sensori,perkembangan motor,perkembangan bahasa,perkembangan persepsi,perkembangan perhatian,perrkembangan kognitif,perkembangan afektif,perkembangan sikap,perkembangan imej kendiri dan perkembangan inter-personal.Dalam penilaian psikologi mengkaji minat dan faktor-faktor vokasional untuk mengukur kematangan dan integriti kanak-kanak dan interaksi dinamik mereka dalam konteks pendidikan.
                Penilaian psikologi ialah berdasarkan sejarah perkembangan dan sosial kanak-kanak,pemerhatian diagnostik dalam persekitaran bilik darjah serta ujian-ujian psikologi .Ujian-ujian psikologi adalah seperti ujian kecerdasan,penilaian pencapaian pendidikan,penilaian personaliti serta penilaian kerjaya dan vokasional. Penilaian Psikologi adalah penilaian yang berkaitan secara langsung dengan tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Secara keseluruhannya Penilaian Psikologi ini bermatlamatkanuntuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi, tingkah laku dan mental mereka. Di sini telah berlaku peningkatan keperluan minda dan pembentukan respon afektif individu. Semua proses ini adalah  menuju ke arah perkembangan psikologi.
                   Terdapat alat yang digunakan untuk menilai ciri-ciri personaliti untuk interaksi sosial dan kehidupan sosial iaitu CPI (California Psychological Inventory).Senarai Semak Identifikasi Tingkah Laku adalah bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti murid-murid yang sedang menunjukkan tingkah laku bermasalah di sekolah seperti bertindak berlebihan,penarikan diri.perhatiannya mudah alih oleh orang lain,perhubungan bermasalah dengan rakan sebaya dan ketidakmatangan.Manakala Skala Penilaian Conner digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak hiperaktif dan untuk menilai keseriusan masalah ini.Ujian psikologi Portland Problem Behavior Checklist (PPBC) dicipta untuk membantu personel sekolah untuk mengenalpasti tingkah laku bermasalah  dan untuk mengimplementasikan dan menilai prosedur-prosedur intervensi untuk memulihkan atau mengubah semua tingkah laku bermasalah murid-murid.Bagi tingkah laku bermasalah yang sangat serius,ahli psikologi  sekolah,guru dan kaunselor sekolah perlu menjalani ujian psikologi yang lebih komprehensif yang dikenali sebagai penilaian diagnostik.

3.1.2 Penilaian Diagnostik
          Penilaian diagnostik berfokus kepada menilai ciri-ciri biasa dan tidak biasa mengenai fungsi keseluruhan seseorang individu.Penilaian diagnostik terdiri daripada komponen-komponen seperti temuduga klinikal,peperiksaan status mental  dan satu atau lebih peperiksaan psikologikal.Ia juga terdiri daripada penilaian komprehensif yang terdiri daripada ukuran personaliti yang panjang dan terperinci.Ujian ini dilakukan oleh ahli –ahli psikologi dan kaunselor sekolah kerana agak sukar dan guru kelas tidak ada  masa untuk mentadbir banyak komponen dalam peperiksaan diagnostik.Sebagai alternatif guru boleh menjalani teknik-teknik bukan penilaian seperti pemerhatian dan temubual  yang lebih senang ditadbir.

3.2 JENIS BUKAN  UJIAN (PEMERHATIAN DAN TEMUBUAL)
3.2.1 Pemerhatian
Pemerhatian merujuk kepada satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid-murid dan menentukan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu tingkah laku bermasalah.Guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian untuk membuat analisis yang tepat mengenai reaksi murid yang diperhatikan dalam situasi-situasi yang tertentu.Data yang dikumpul oleh guru melalui kaedah ini penting kerana dapat merancang tindakan susulan untuk mengurangkan atau menyelesaikan salah laku di dalam bilik darjah serta dapat menolong guru mengawal tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.Teknik-teknik pemerhatian yang boleh digunakan di dalam sekolah untuk merekod pencapaian murid-murid atau tingkah laku adalh seperti  frekuensi,kadar,jangkamasa,perakam interval,sampel masa dan rekod anekdot.
Sebelum sesuatu pemerhatian dijalankan,guru perlu memastikan lokasi pemerhatian iaitu dimana tingkah laku bermasalah berlaku.Guru juga harus menjadualkan pemerhatian pada masa yang tingkah laku bermasalah berkemungkinan berlaku dan membenarkan syarat untuk tingkah laku tersebut berlaku.Guru perlu mengambil kira tingkah laku spesifik dan maklumat yang akan dikumpul daripada pemerhatian sebelum menentukan jenis teknik pemerhatian.Guru juga perlu membuat pengiraan frekuensi ,kadar dan jangkamasa untuk merekod tingkah laku bermasalah.Perekodan interval ialah satu teknik yang mengukur samada satu tingkah laku berlaku dalam satu selang masa spesifik yang ditetapkan atau tidak.Ia digunakan untuk merekod kekerapan sebarang tingkah laku yang boleh diperhatikan.Tetapi kaedah ini membebankan pemerhati kerana mengambil banyakmasa.Rekod anekdot merujuk kepada nota-nota bertulis yang menghuraikan kejadian tingkah laku bermasalah yang berlaku.Nota-nota ini biasanya diselitkan di dalam fail peribadi murid-murid.Rekod anekdot digunakan untuk mendokumenkan satu kejadian signifkan yang berlaku secara tiba-tiba atau kerapkali dan keadaan atau persekitaran.Pemerhati perlu memfokus kepada kejadian awal (sebelum berlaku) dan konsekuen (selepas berlaku).Rekod anekdot digunakan untuk mendokumentasikan kejadian tingkah laku bermasalah dengan jelas dan tepat sekali.Semasa menulis rekod anekdot,panduan-panduan seperti merekod pemerhatian semasa tingkah laku bermasalah diperhatikan daripada satu masa bermula hingga akhir harus diambil kira.Menggunakan sau borang rekod anekdot yang diselaraskan supaya semua maklumat yang berkaitan dilengkapkan dan merekod kejadian tingkah laku bermasalah sebenar seperti yang diperhatikan dan tidak melibatkan perasaan pemerhati /guru mengenai kejadian tersebut.Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam rekod anekdot adalah terdiri daripada nama pemerhati,tarikh kejadian,masa bila kejadian berlaku,nama murid-murid yang terlibat ,satu penerangan ringkas mengenai kejadian tersebut,lokasi/persekitaran di mana kejadian telah berlaku,nota/rekomendasi /tindakan yang harus diambil dan tandatangan.


Contoh: REKOD ANEKDOT

 



     Nama Pelajar:…………….………                            Tarikh: ……….…………

     Nama Pemerhati:………….…….                              Masa: …………………..

     Tempat Kejadian: ………….…… 

 

Huraian Kejadian:   

 

     Ismail Junid adalah seorang murid lelaki yang baru dipindah ke kelas ini. Dia adalah seorang budak yang badannya besar.  Sebentar sebelum waktu rehat, dia berkelahi dengan Mohd Ali mengenai soal siapa harus menjadi penjaga gol pasukan bola sepak kelas.  Dia menumbuk meja sambil menjerit.  Dia menunjukkan penumbuknya kepada Yunus dan suruh dia diam.  Beberapa minit kemudian, dia menolak Kasim yang jatuh dan menangis.

         


Maklumat Lain Yang Relevan :

 


Tafsiran / Komen Pemerhati:   






3.2.2 Temubual
Temubual boleh didefinisikan sebagai satu siri penyoalan dan perbincangan antara guru bimbingan/guru biasa dengan murid bermasalah,ibubapa/penjaga,rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat. Semua maklumat yang diperolehi daripada sesi temuduga dan pemerhatian akan dianalisis dan dikaji oleh guru-guru untuk meyelesaikan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.Ujian diagnostik dan ujian psikologi boleh digunakan untuk menganalisis semua tingkah laku bermasalah yang berlaku di dalam bilik darjah dengan lebih terperinci dan sistematik.

3.3 KAJIAN (KAJIAN RENTASAN,KAJIAN MEMBUJUR,KAJIAN KES DAN KAJIAN DOKUMEN)
Kaedah atau metodologi yang boleh digunakan oleh guru untuk membuat analisis yang lebih terperinci mengenai urid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah ialah ;
a)    Kajian rentasan
b)    Kajian membujur
c)     Kajian Kes
d)    Kajian Dokumen

3.3.1 Kajian Rentasan
Kajian rentasan ialah pemerhatian yang melibatkan satu sampel populasi pada satu masa yang sesuai, di mana kumpulan-kumpulan berlainan boleh dibandingkan kepada peringkat –peringkat umur tertentu berdasarkan IQ dan memori.Guru juga akan mengkaji murid-murid yang bermasalah pada peringkat-peringkat umur yang tertentu sahaja.Guru mengambil sampel murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah daripada peringkat umur yang berlainan untuk dikaji di mana perubahan-perubahan dalam tingkah laku bermasalah diukur dengan membandingkan perlakuan murid-murid dari satu peringkat umur ke peringkat umur.Perubahan –perubahan yang berlaku pada masa-masa itu diperhatikan dan dianalisa dengan membandingkan tingkah laku murid daripada 3 peringkat umur ini.Kebaikan kajian rentasan adalah ringkas dan menjimatkan kos.

3.3.2 Kajian Membujur
          Kajian membujur merupakan satu kajian korelasi yang melibatkan pemerhatian berulang mengenai item-item penyelidikan yang sama untu satu jangka masa yang lama.Ia digunakan untuk mengkaji perkembangan manusia sepanjang hayat dan ia merupakanperbezaan berlalu dalam sampel manusia bukan disebabkan oleh faktor budaya.Data kajian membujur dikumpul melalui soal selidik atau data pentadbiran.Murid-murid bermasalah diperhatikan  untuk jangka masa yang panjang oleh guru untuk menilai semua tingkah lakunya.Ia meliputi pemerhatian untuk mendapat maklumat terperinci mengenai perubahan-perubahan tingkah laku.Kelemahan kajian ini memerlukan masa dan belanja yang banyak.

3.3.3 Kajian Kes
Kajian kes digunakan untuk menganalisa tingkah laku bermasalah secara terperinci khususnya untuk murid –murid yang melakukan salah laku yang serius.Ia melibatkan satu kajian membujur yang mendalam mengenai satu kes dalam konteks kehidupan yang sebenar.Ia merupakan satu kaedah sistematik cara untuk melihat kejadian ,mengumpul dan menganalisa data dan melaporkan keputusan tersebut.Setiap aspek hidup dan sejarah individu dianalisa untuk melihat corak dan faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah.Kajian kes ini digunakan untuk generalisasi yang dibuat pada satu kes boleh digeneralisasikan kepada banyak  kes yang lain.Guru akan mendapat gambaran yang tepat dan menyeluruh mengenai murid-murid tersebut melalui kajian ini untuk satu tempoh masa yang lama.Untuk membina kajiian kes yang kuat,guru boleh menggabungkan kaedah pemerhatian dan temubual.Terdapat juga kelemahan di dalam kajian kes ini iaitu mengambil masa yang lama dan keputusan kajian kes susah untuk digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar.

3.3.4 Kajian Dokumen
          Kajian dokumen merupakan analisis yang dibuat oleh guru teradap sesuatu tingkah laku bermasalah berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan mengenai murid-murid yang biasa menunjukkan salah laku di sekolah.Kajian dokumen boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu rekod awam/dokumen peribadi dan dokumen kehidupan.Akaun pertama atau pengalaman dan kejadian yang telah berlaku dikenali dokumen peribadi manakala dokumen kehidupan adalah termasuk punca diari,portfolio,gambar,kerja lukisan,jadual ,buku skrap dan suratkhaabar.Kajian dokumen terdiri daripada anekdot,borang maklumat murid,laporan-laporan pemerhatian dan temuramah serta lain-lain dokumen.surat yang mengandungi maklumat  mengenai tingkah laku dan perkembangan murid bermasalah.

4.0 KESIMPULAN
            
             Sebagai guru perlu mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang dihadapi oleh murid kita samada tingkahlaku positif atau negatif.Tingkah laku bermasalah merujuk kepada tingkah laku yang negatif dalam kalangan murid-murid.Guru mengenalpasti juga punca-punca berlakunya tingkah laku bermasalah sebelum mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku iaitu dengan meemilih tingkah laku sasaran,mengumpul dan merekod data, melakasanakan intevensi dan memilih keberkesanan intervensi.Apabila langkah-langkah dalam proses perubahan dikenalpasti,cara-cara mengenalpasti murid yang bermasalah  tingkah laku diambil dengan menggunakan pelbagai cara antaranya melalui ujian penilaian psikologi dan diagnostik,pemerhatian dan temubual serta melalui kajian iaitu kajian rentasan,kajian membujur,kajian kes dan kajian dokumen.Cara-cara mengenalpasti tingkah laku bermaslh adalah penting kepada guru sebelum melaksanakan prosedur pengurusan tingkah laku.

2 comments:

  1. Assalamulaikum cikgu, sy nk tnya, ad tak soal selidik berkaitan dengan pembentukkan tingkah laku bermasalah, kajian secara kuantitatif?

    ReplyDelete