DISEDIAKAN OLEH :
NURULHUDA BT OMAR
DPLI- SR MAT/PM
INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM
TAJUK : PEMIKIRAN
1.0 Pengenalan
Konsep Pemikiran
Konsep pemikiran adalah proses
membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.
Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak
dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria,
membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang
sedia ada dalam ingatan. Teori dan definisi pemikiran yang telah dikemukakan
oleh ahli- ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20, adalah dihuraikan
secara ringkas seperti yang berikut.
Menurut
Dewey (1910) menghuraikan pemikiran
sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Guilford(1967) pula
berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia
mempunyai pelbagai kemahiran berfikir.
Dari Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan fungsi otak kiri manusia
yang berfikir secara kritis dan otak kanannya berfikir secara kreatif. William
W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas,
sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima
melalui deria. Di dalam proses dalaman ini, data baru akan disimpan melalui
cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang
sedia ada dalam ingatan.
Menurut
pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang mengawal tenaga supaya otak
manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur
(merenung). Berdasarkan pandangan dan definisi yang telah dinyatakan, konsep
pemikiran boleh dirumuskan iaitu pemikiran adakah sesuatu proses yang
menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu
keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat
pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap
proses yang dialami. Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk
menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti- aktiviti menyusun idea-
idea atau perkara- perkara yang
tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang
boleh digunakan untuk penyelesaian masalah yang kian mencabar.
2.0 Konsep Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir ialah kecekapan
menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh
kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara
teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah
dan sewajarnya. Mengikut kajian, terdapat tiga peringkat pemikiran. Di
peringkat bawah ialah pemikiran konkrit diikuti dengan pemikiran abstrak dan
peringkat tertinggi ialah pemikiran kreatif.
Pemikiran konkrit adalah berkaitan
dengan kemahiran berfikir di peringkat ingatan dan kefahaman sahaja. Manakala pemikiran abstrak dan kreatif adalah
berkaitan dengan kemahiran kritis dan kreatif.
3.0 Ciri-
ciri Pemikiran
Berdasarkan teori dan definisi
ahli-ahli psikologi tersebut,maka ciri- ciri pemikiran dirumuskan seperti
berikut iaitu pemikiran berlaku kerana wujudnya rangsangan khasnya semasa
keraguan dan masalah yang timbul dan berlaku dalam minda seseorang. Ia
berfungsi sebagai suatu proses mengikut prosedur yang menyeluruh. Ciri proses
pemikiran merupakan aktiviti kognitif yang berlaku ke atas rangsangan yang
diterima dengan pengalaman- pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Ia
merupakan usaha seseorang individu yang cuba mencari, memahami, mengadaptasi
dan mengasimilasinya sebagai tindak balas terhadap rangsangan yang diterima
pada ketika itu. Tujuan berfikir seseorang ialah mentafsir rangsangan dengan
membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang rasional terhadapnya
atau menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
4.0 Model-
model Pemikiran
Konsep pemikiran dapat digolongkan
dalam satu model pemikiran pertama berdasarkan pengertian, definisi dan
tafsiran ahli- ahli psikologi. Model pemikiran pertama ini merangkumi tiga
komponen utama iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap. Operasi mental
terdiri daripada operasi kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif merangkumi
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, manakala operasi metakognitif
merupakan operasi yang mengarah serta mengawal kemahiran dan proses kognitif
iaitu membimbing fikiran orang supaya mencari makna dan khususnya, melakukan
operasi merancang, mengarah, menyemak dan menilai.
Pengetahuan pula terdiri daripada fakta,
maklumat, ilmu, kefahaman, hukum, peraturan dan sebagainya. Pengetahuan ini
adalah disimpan dalam ingatan. Manakala sikap pula terdiri daripada penentuan
keberkesanan terhadap proses pemikirannya. Sikap ini adalah berkaitan rapat
dengan nilai kendiri. Sikap positif atau negatif akan mempengaruhi peringkat
kemahiran dan kualiti berfikir seseorang. Rajah 1.0 berikut menyatakan Model
Pemikiran Pertama dalam tiga komponen utama tersebut.
Rajah 1.0 : Model Pemikiran : Komponen-
komponen Berfikir
Model Pemikiran Kedua pula
merangkumi tiga komponen yang utama, iaitu Input ( rangsangan), Operasi
(proses) dan Output (hasil). Selain daripada ketiga- tiga komponen ini,
sesetengah ahli psikologi pula menghuraikan proses pemikiran dengan menambahnya
dua komponen yang berkaitan iaitu proses ingat kembali dan metakognisi. Proses
ingat kembali mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
Mengikut kajian , data yang diproses akan disimpan pertamanya dalam ingatan
jangka pendek yang berulang- ulang dan kemudian dikodkan dalam ingatan jangka
panjang.
Data yang disimpan dalam ingatan,
sama ada jangka pendek atau jangka
panjang, akan diingat kembali supaya komponen operasi mental dapat
digunakan untuk menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang diperoleh
daripada rangsangan luar. Semasa proses pemikiran berlaku, proses metakognisi
pula merancang dan mengarah, mengawal, menyemak dan menilai segala operasi
pemikirannya. Rajah 1.1 menunjukkan Model Pemikiran Kedua yang menghuraikan
proses pemikiran manusia dalam lingkungan kelima- lima komponen yang telah
disebutkan.
Rajah
1.1 Model Pemikiran Kedua: Proses
Pemikiran
5.0 Jenis-
jenis Pemikiran
Terdapat beberapa jenis pemikiran.
Jenis-jenis pemikiran ini boleh digalakkan oleh guru di dalam bilik darjah.
5.1 Pemikiran Mendatar/ Lateral
Pemikiran lateral juga dikenali
sebagai pemikiran analiitkal. Ia telah diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Kepentingan
pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektif-
perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De Bono
mengatakan bahawa terdapat empat faktor penting dalam pemikiran mendatar iaitu
mengenalpasti idea- idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi, melihat
sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, melonggarkan cara- cara
pemikira yang terkawal dan menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang
lain.
Tujuan menggunakan teknik pemikiran
lateral ialah untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti
sumbangsaran di mana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu berhubung dengan
satu sama lain. Terdapat 5 jenis teknik pemikiran lateral. Antaranya iaitu
perkaitan bebas, konsep “reversal”, kaedah objek fokal, kaedah cabaran dan
menganalisa masalah. Bagi teknik perkaitan bebas, ia berlaku dalam proses sumbangsaran
di mana terdapat banyak idea- idea bebas untuk murid-murid mmebentuk kaitan dengan konsep-konsep yang
dikaji. Kaedah “reversal” adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa
secara terbalik. Murid-murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi
penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat cara- cara yang
berbeza untuk menilai sesuatu situasi.
Kaedah objek fokal di mana murid-murid
memilih sesuatu objek secara rawak dan mengaitkan objek tersebut dengan masalah
yang dikaji. Murid-murid mencabar cara- cara atau perkara-perkara yang
dilakukan dengan keadaan sedia ada dinamakan kaedah cabaran. Ia menggalakkan
konsep pemikiran di luar kotak. Proses memcahkan situasi atau masalah kepada
bahagian-bahagian yang lebih kecil dinamakan teknik menganalisa masalah. Seseorang
individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan
menjana alternatif-alternatif berbeza kepada sesuatu masalah.
5.2 Pemikiran
Menegak
Pemikiran ini juga diasaskan oleh Dr
Edward De Bono di mana pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang
trdisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dikenali sebagai “
vertical thinking”. Ciri-ciri pemikiran menegak adalah murid-murid mesti betul
dan tepat dalam setaip langkah, klasifikasi dan label adaah tetap, seseorang
itu mesti betul setiap masa, ia mengikut urutan yang spesifik dan menunpukan
kepada apa yang relevan.
Seseorang individu akan menggunakan
pemikiran lateral apabila bergerak dari sesuatu idea tetap kepada proses
mencipta idea- idea baru. Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan
sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan
seperti apakah masalah yang dihadapi, apakah alternatif-alternatif yang
terdapat, apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut, apakah
pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya dan
adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tidak.
Jadual 1.0 Perbezaan di antara pemikiran
menegak dan pemikiran lateral.
5.3 Pemikiran
Kritis
Pemikiran
kritis berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan
berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya. Ia
adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak dan melibatkan beberapa
kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan.
Selain itu, pemikiran kritis juga melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu
idea, data atau maklumat bagi tujuan pemahaman yang jelas dan munasabah
terhadap sesuatu perkara ataupun idea. Ia juga boleh dirujuk sebagai satu
bentuk pemikiran reflektif.
Pemikiran
kritis membenarkan murid-murid mengenalpasti isu-isu yang tidaj selari dengan
struktur skema ( cara melihat dunia mengikut pengalaman yang lepas) dan
mencari cara- cara untuk mengubahsuai
skema untuk memasukkan maklumat baru atau menolak sesuatu maklumat melalui
proses penaakulan. Ciri-ciri murid yang berfikir secara kritis adalah membina
kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai maklumat
menyelesaikan masalah, menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui
cabaran aktif dan penglibatan dalam kurikulum, boleh menganalisa hujah,menjana
tafsiran, mengenal dan menilai tanggapan dan pandangan mereka sendiri dan orang
lain.
Guru-guru
boleh menerap kemahiran pemikiran kritis di kalangan murid seperti menggunakan
strategi berpusatkan murid, mengurus fakta secara sistematik dan tersusun,
memberi soalan- soalan yang lebih sukar kepada murid yang bijak, menggalakkan
perbincangan dan aktiviti menyelsaikan masalah, mengarah murid-murid membanding isi-isi yang kuat dan lemah dan
mengarah murid-murid membuat pertalian yang signifikan serta mengaplikasikan pengetahuan
yang dipelajari di dalam dunia sebenar.
Pemikiran kritis juga memerlukan
individu berfikir secara sempurna. Apa yang dimaksudkan sempurna adalah melihat
idea ataupun isu itu secara meneyeluruh yang memerlukan penelitian menyeluruh
pada idea atau perkara supaya dapat memperolehi kesimpulan atau hujah yang
bernas .
5.4 Pemikiran
Kreatif
Ialah satu jenis pemikiran di mana
seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang
lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjana
pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya dengan memberikan peneguhan
positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-muridnya mengeluarkan
idea yang unik dan kreatif.
Guru-guru boleh menyemai kemahiran
berfikir secara kreatif dengan cara-cara seperti melatih murid-murid dengan
mengemukakan soalan-soalan terbuka dan relevan, guru mengemukakan soalan
mengikut darjah soalan yang diberikan, soalan latihan yang diberikan bermula
dengan soalan mudah dan berakhir dengan soalan sukar, menyediakan soalan lisan
secara spontan, guru-guru mesti memupuk semangat ingin tahu dan pemikiran murid
dengan soalan yang unik, murid mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak dan
guru-guru perle memperkenalkan strategi pengajaran seperti penyoalan dan
penyelesaian masalah agar menjana pemikirna kreatif.
Seorang guru perlu menjalankan lebih
banyak aktiviti dan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri
penemuan dan kaedah penyelesaian masalah untuk menjana pemikiran kreatif. Selain
itu, banyakkan soalan terbuka di dalam bilik darjah dan menerima pelbagai
jawapan yanh betul asalkan ia logik dan munasabah. Guru-guru harus
memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti sumbangsaran, perbahasan
dan debat agar murid-murid dapat melibatkan diri dalam perbincangan
intelektual.
5.5 Pemikiran
Divergen
Ia juga dikenali sebagai pemikiran
bercapah. Tujuan utama pemikiran ini ialah untuk murid menjanakan seberapa
banyak idea mengenai sesuatu topik dalam satu masa yang ditetapkan. Ia juga melibatkan kemahiran guru- guru dalam
membahagikan sebuah topik kepada unit- unit yang kecil supaya murid- murid
dapat menganalisis topik utama secara lebih mendalam. Di dalam proses pemikiran
divergen, individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan sedia
ada, tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari cara atau idea baru yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Pemikiran
divergen lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera dan humanistik.
Guru-guru boleh meningkatkan
pemikiran divergen dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan
soalan–soalan bercapah yang menekankan pelbagai jawapan/cadangan/cara
penyelesaian. Murid juga diberikan kebebasan dengan menggunakan cara tersendiri
untuk menyelesaikan masalah terbuka. Guru perlu menggunakan tenik penyoalan
terbuka atau bercapah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, strategi
pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggunakan kaedah kumpulan, kaedah
perbincangan dan sumbangsaran agar murid-murid dapat menjana banyak idea.
Selain itu, guru-guru perlu
menggalakkan murid- murid mengeluarkan idea secara kreatif dari diri sendiri.
Peranan guru juga dengan mendengar, menerima dan memuji cadangan dan idea yang
luar biasa daripada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan
murid-murid. Senua individu mempunyai
keupayaan berfikir secara divergen kerana semua individu mempunyai otak sebelah
kanan.
5.6 Pemikiran
Konvergen
Pemikiran ini telah dicipta oleh
ahli psikologi terkenal yang bernama J.P Guilford pada tahun 1967. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai
daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada
dengan integrasi logik dan susunan bagi menghasilkan satu idea atau jawapan
yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
peraturan, prinsip,teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
Pemikiran konvergen yang bertumpu ke
arah mencari satu jawapan atau satu penyelesaian tertentu adalah dikenali
sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Pemikiran ini sesuai untuk
mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Soalan-soalan konvergen terdiri
daripada soalan- soalan yang dapat menganalisis satu sumber
maklumat.Kebiasaannya soalan konvergen bermula dengan perkataan mengapa,
bagaimana atau dalam cara apa..?.
Proses pemikiran yang terlibat dalam
menjawab soalan-soalan di atas ialah menerangkan, menyatakan, membandingkan
serta membezakan. Guru-guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana dalam
pemikiran ini, murid-murid perlu membuat pilihan daripada banyak jawapan atau
respon atau alterntif-alternatif yang berbeza. Murid-murid yang pandai
mempraktikkan pemikiran ini ialah merela yang dapat mengintegrasikan maklumat
daripada pelbagai sumber untuk membentuk satu penyelesaian yang betul.
Terdapat
beberapa cara bagi meningkatkan pemikiran konvergen dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya adalah guru memberikan soalan-soalan tertutup yang menekankan
satu jawapan atau cadangan atau cara penyelesaian sahaja. Selain itu, guru
perlu memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan
lengkap. Tumpukan pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal. Teknik
penyoalan menggunakan teknik penyoalan tertutup atau berstruktur. Pemikiran
konvergen menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Soalan-soalan yang
diberikan berasaskan hukum, prinsip atau konsep-konsep tertentu demi memperoleh
jawapan yang tepat.
5.7 Pemikiran
Reka Cipta
Pemikiran ini didefinisikan sebagai
pemikiran “artistik” di mana individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat.
Sifat-sifat individu yang mempunyai kemahiran pemikiran reka cipta yang tinggi
adalah seperti mempunyai kemahiran motor yang tinggi, kemahiran yang tinggi
dalam dalam berinteraksi dengan orang lain dan boleh mencipta sesuatu yang unik
dalam jangka masa yang pendek.
Pemikiran reka cipta kreatif adalah
amat penting bagi subjek seeprti seni, pengukiran, kemahirna hidup, kajian
tempatan dan sains. Ini berlaku apabila perkembangan perisian di mana murid-
murid mesti mengkordinasi pergerakan tangan mereka dengan menggunakan kemahiran
motor mereka. Guru-guru boleh memanipulasi kemahiran motor “manipulatives”
murid-murid untuk meningkatkan kemahiran reka cipta mereka. “ Manipulatives”
melibatkan kordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh kemahiran tangan. Ini
merangsang perkembangan motor hlus kerana ia memerlukan kemahiran penggunaan
tangan terkawal dan otot jari.
Guru-guru boleh melaksanakan
strategi dan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran kordinasi otak
dan motor murid-murid mereka. Satu daripada masalah utama yang dihadapi oleh
guru-guru adalah mengajar murid-murid yang mempunyai kemahiran motor halus dan
kasar yang berbeza-beza di dalam bilik darjah.
5.8 Pemikiran
Celik Akal
Pemikiran celik akal didefinisikan sebagai
pemikiran yang melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran ini juga
merujuk kepada kebolehan mental individu untuk menggunakan celik akal yang
abstrak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada. Pemikiran celik
akal berhubungkait dengan memperolehi penyelesaian secara tiba-tiba dalam
menyelesaikan masalah seperti yang dikemukakan oleh teori Kohler. Oleh itu,
pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman ‘Aha’ kerana ia menghubungkait
kepada situasi di mana individu-individu mendapatkan penyelesaian kepada
sesuatu masalah dengan tiba-tiba dan dalam keadaan yang tidak terancang.
Pemikiran reka cipta merujuk kepada
pengalaman seseorang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sukar dalam
jangka masa yang tertentu. Pengalaman lepas dan kesediaan murid-murid untuk
belajar akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah
mereka secara tepat dan efisien. Dalam pemikiran ini, murid-murid akan
mengalami pengalaman baru dan penyelesaian kepada masalah dan juga mendapat
pengertian yang mendalam. Mengikut pengertian tersebut, apa yang tidak
diketahui dan difahami pada masa lampau akan menajdi jelas dan mudah kepada seseorang individu.
Strategi yang dicipta dari pemikiran
ini adalah berbeza daripada proses pemikiran
normal. Guru-guru patut menggunakan rangsangan yang sesuai untuk
menggalak pemikiran celik akal di kalangan murid-murid mereka dengan
menggunakan alat bantuan mengajar seperti kotak teka-teki, radas matematik dan
lain-lain. Guru-guru juga mesti memastikan yang mereka memberi penjelasan yang
jelas tentang proses-proses dan kaedah-kaedah yang terlibat sebelum mengarah
murid-murid mereka untuk menjalankan aktiviti- aktiviti yang menggunakan
pemikiran celik akal. Oleh yang demikian, boleh dilihat yang guru memikirkan
cara-cara yang berbeza untuk menyemai pelbagai kemahiran berfikir di kalangan
murid-murid.
6.0 Teknik-teknik
Merangsang Kepelbagaian Pemikiran Murid
Penggabungan
pemikiran kreatif dan pemikiran kritis adalah salah satu matlamat penting
pendidikan untuk membantu murid-murid. Kedua-dua jenis pemukiran ini adalah
penting bagi membentuk seorang pemikir yang seimbang. Murid-murid perlu
diterapkan dengan pelbagai kemahiran berfikir untuk membolehkan mereka
menjalankan tugasan-tugasan yang tidak dapat diurus oleh mereka sendiri,
membawa murid-murid ke tahap pencapaian yang membolehkan mereka menghabiskan
tugasan secara sendiri, membolehkan murid-murid mencapai kebolehan berdikari.
Selain itu, membenarkan murid-murid
mengarah pembelajaran melalui pencarian penyelesaian masalah, membantu
menjadikan proses pemikiran murid-murid lebih eksplisit. Murid-murid juga boleh
membentk hipotesis dan ujian dengan maklum balas serta merta dan membantu dalam
perbincangan dengan rakan sebaya.
Pihak sekolah juga boleh mengambil
langkah-langkah untuk menyemai pengajaran kemahiran berfikir dalam konteks
kurikulum dan bukan bukan kurikulum seperti pengajaran langsung pemikiran dalam
konteks bukan kurikular, penggunaan kaedah-kaedah yang menggalak pemikiran dalam
konteks kurikular dan penyusunan pelajaran dengan objektif kemahiran-kemahiran
yang spesifik.
Selain daripada menyemai kemahiran
berfikir yang asas, guru-guru juga perlu menyemai kemahiran berfikir tahap
tinggi dalam aktiviti kelas seperti pembuatan keputusan dan metakognitif
(memikirkan tentang kemahiran berfikir). Guru-guru perlu menerapkan kemahiran
berfikir seperti mencari maklumat, perasaan ingin tahu, perasaan mengambil
berat, kebolehan membuat refleksi dan membuat penilaian rasional. Guru-guru
boleh menyemai kemahiran berfikir di kalangan murid-murid seperti dalam
Jadual 2.0 berikut. Justeru itu, guur-guru memainkan
peranan penting dalam membantu murid-murid menjadi pemikir yang efektif
walaupun mereka memiliki gaya-gaya pembelajaran yang berlainan.
Penyemaian
Kemahiran Berfikir
|
Kaedah
Menggalak Kemahiran Berfikir
|
Menyemai kemahiran berfikir kreatif
|
Menjana
banyak pilihan divergen bagi sesuatu situasi penyelesaian masalah
|
Menyemai kemahiran berfikir metakognisi
|
Memantau,
menilai dan memandu pemikiran sendiri
|
Menyemai pemikiran kritikal/konvergen
|
Menganalisa
komponen dam hubungan dalam sesuatu sistem
|
Menyemai pemikiran divergen
|
Membandingkan
dan membezakan pilihan-pilihan
|
Menyemai kemahiran berfikir divergen dan
penaakulan
|
Membuat
inferens dan pentafsiran dariapada data
|
Jadual 2.0 : Kaedah-kaedah Untuk Menyemai Kemahiran
Berfikir
7.0 Kepentingan
Kemahiran Berfikir
Kita akan menjadi pemikir yang
baik apabila kita sedar akan pemikiran
kit adan berusaha berfikir dengan lebih teliti dan bertanggungjawab terhadap
proses pemikiran kita. Kemahiran berfikir amat diperlukan bagi merealisasikan
Wawasan 2020 dna hasrat negara. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara
bergantung kepada kebijaksanaan dan kekuatan minda yang dimiliki oleh
rakyatnya.
Kemahiran berfikir amat penting
kerana keputusan yang baik adalah hasil daripada proses pemikiran yang baik.
Pemikir yang baik perlu menyedari dia sedang berfikir dan sedang menggunakan
segala kemahiran-kemahiran berfikir yang diperlukan bagi membuat keputusan yang
baik. Latihan berfikir amat diperlukan dalam usaha mencapai hasrat falsafah
pendidikan negara iaitu membentuk insan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Kemahiran ini dapat melatih murid membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dewasa ini dengan bijak dengan cara menggabungkan segala
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir yang diajar atau diperoleh.
Kemahiran berfikir juga melahirkan
individu yang lebih berfikiran terbuka, berkeyakinan serta berani menyuarakan pendapat
dan pandangan serta dapat menghasilkan idea yang bernas seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat. Tidak dapat dinafikan maklumat adalah sumber
pengetahuan kepada daya fikir dan dengan ledakan teknologi maklumat ini, guru
bukanlah sumber utama pengetahuan kerana pembelajara lebih berbentuk mencapah.
Gabungan dariapda dua unsur ini iaitu teknologi dan kemahiran berfikir akan
melahirkan murid yang kreatif dan kritis.
8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya,
guru harus memainkan peranan sebagai pencetus keapda aktiviti kemahiran
berfikir di kalangan murid-muridnya. Pelbagai jenis pemikiran perlu didedahkan
kepada murid. Pendedahan ini penting agar murid boleh meneliti kecenderungan
berfikir yang ada pada dirinya.
Berdasarkan
daripada huraian di atas, telah dinyatakan dengan jelas bahawa setiap
jenis-jenis pemikiran akan membawa faedah yang tidak ternilai kepada
murud-muridnya. Lantaran itu, guru seharusnya berusaha untuk menerapkan
cara-cara yang boleh meningkatkan setiap jenis pemikiran tersebut dalam persediaan
pengajarannya.
Bagus maklumat ni.. dapat tambah pengetahuan saya. Terima kasih.
ReplyDeletesaya mohon info ini saya guna sebagai rujukan saya ye puan,
ReplyDeleteBagus..terima kasih sudi share pengetahuan kalian di blog ini.
ReplyDeleteSalam. Saya mohon simpan utk rujukan dan kajian. T ksh.
ReplyDeleteThe Future of the Watch in 3D : Tech and Simulation - TITanium
ReplyDeleteThe titanium block Future of the Watch in babyliss pro titanium hair dryer 3D : Tech and Simulation · The Future how strong is titanium of the Watch in 3D : Tech and Simulation - TITanium Art · The Future of the sugarboo extra long digital titanium styler Watch in 3D : Tech and Simulation - TITanium oakley titanium sunglasses Art