Akal ialah pemberian yang paling
berharga kepada manusia. Perkara yang membezakan manusia dengan haiwan-hiwan
lain ialah akal. Daripada akal, manusia mula berfikir. Proses berfikir dan cara
berfikir membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Gaya berfikir
seseorang akan menentukan personaliti dan corak kehidupannya.
Menurut V.R. Ruggiero (1984), pemikiran
boleh ditakrifkan sebagai satu operasi mental yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah dan kemudian membuat keputusan atau rumusan serta memenuhi keinginan
untuk mendapatkan sesuatu jawapan. Manakala Beyer (1991) pula menyatakan bahawa
pemikiran adalah operasi mental yang menggunakan maklumat yang tersimpan dalam
ingatan bagi membuat adaptasi dan asimilasi, begitu juga untuk merumus atau
mencari makna sesuatu konsep. Pemikiran juga adalah satu proses mental dalaman
yang menggunakan data atau maklumat sebagai input, maklumat tersebut dipadukan
dengan bahan yang pernah diperlajari untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Ia
berlaku setiap masa termasuk semasa makan, tidur atau melakukan sebarang
aktiviti yang tidak berkaitan.
Menurut Edward De Bono menyatakan
bahawa pemikiran adalah perkara yang utama boleh dilakukan oleh mana-mana
sistem pendidikan adalah untuk mengajar pemikiran konstruktif. Beliau juga
berkata yang pemikiran tradisional adalah terlalu perlahan dalam menghasilkan
idea-idea baru. Guru-guru perlu menanam kemahiran berfikir secara operasi yang
mengajar murid-murid cara-cara untuk bertindak dan bukan sahaja memperolehi
pengetahuan. Mengikut Bono, murid yang mempunyai kemahiran berfikir operasi
adalah mereka yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Penyelasaian masalah,
perancangan, pengintegrasian maklumat dan penganalisisan merupakan
cabang-cabang pemikiran yang utama. Pemikiran adalah satu proses untuk memahami
bagaimana otak kanan berfikir secara kreatif dan otak kiri berfikir secara
kritikal.
Oleh itu, pemikiran adalah satu
konsep yang sangat penting kerana membolehkan individu boleh mempunyai
pemahaman yang lebih baik tentang sikap dan perhubungan manusia dalam
persekitaran sosial. Ia juga dapat memudahkan proses pengesanan penyakit mental
dan menyediakan penyelesaiannya. Oleh yang demikian, berfikir secara bijak
merupakan konsep yang penting dan merupakan satu alat pembelajaran yang berguna
untuk murid-murid dan guru-guru.
2.0 KONSEP PEMIKIRAN
Pemikiran
merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental
dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha
memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat
tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Terdapat banyak teori pemikiran yang
dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20. Teori dan
definisi mereka adalah dihuraikan secara ringkas adalah seperti yang berikut :
·
Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai
aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
·
Guilford (1967) berpendapat pemikiran
merupakan sesuatu jenis kebolehan dan keupayaan. Ia mempunyai pelbagai
kemahiran berfikir
·
Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan otak
manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian
kanannya berfikir secara kreatif
·
Mayor (1977) mentafsirkan pemikiran sebagai
pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk
menyelesaikan masalah
·
Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai
penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengalaman dan konsep. Melalui pemikiran,
rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsirkan dengan penggunaan
perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut.
·
Vincent Rejan Ruggiero (1984) memberi
definisi pemikiran sebagai aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu
hasrat memperoleh sesuatu jawapan
·
John Barell (1991) menghuraikan pemikiran
sebagai proses mencari makna serta usaha untuk mencapai keputusan yang wajar
·
Beyer (1991) memberi erti pemikiran adalah sebagai
operasi mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan
untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasimiliasinya dengan tujuan membentuk atau
mencari sesuatu makna
·
William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan
pemikiran sebagai proses dalaman yang sangat pantas sama ada secara sedar atau
tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima melalui deria. Proses
dalaman ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan
klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan.
Tujuan utama proses pemikiran adalah
untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental
murid-murid. Proses pemikiran dan usaha oleh otak adalah untuk mencari
rasional. Oleh itu, ia adalah suatu aktiviti mental yang sangat penting dalam
proses penyelesaian masalah. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai kebolehan otak
dalam pelbagai kemahiran berfikir. Semasa berfikir, otak akan bertindak sebagai
usaha untuk memahami rangsangan-rangsangan luar yang diterima oleh deria.
Setelah itu, otak menukar rangsangan-rangsangan tersebut ke dalam bentuk
konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman
yang sedia ada dalam ingatan.
Pemikiran adalah konsep yang
merangkumi beberapa ciri iaitu seperti :
i.
Ia berlaku di dalam otak seseorang individu
ii.
Ia berlaku kerana terdapatnya rangsangan
apabila individu berasa curiga atau berhadapan dengan sesuatu masalah
iii.
Ia berlaku seperti sesuatu proses yang
mengikut prosedur yang spesifik
iv.
Ia adalah suatu aktiviti kognitif yang
bertindak atas rangsangan yang diterima oleh lima pancaindera dan ingatan
kembali daripada pengalaman
v.
Ia mentafsirkan pelbagai rangsangan dengan
membuat penilaian, keputusan dan penyelesaian sesuatu masalah.
3.0
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Gaya berfikir
menentukan sesuatu keputusan dan tindakan seseorang. Manusia mempunyai gaya
berfikir masing-masing. Terdapat beberapa jenis pemikiran iaitu pemikiran jenis
mandatar atau lateral, menegak, kritis, kreatif, divergen, konvergen, reka
cipta dan celik akal.
3.1 Pemikiran Mendatar / Lateral
Pemikiran mendatar
atau lateral dikenali sebagai pemikiran analitikal dan diperkenalkan oleh Dr.
Edward De Bono. Pemikiran mendatar ini melibatkan proses pemikiran di luar
kebiasaan apabila sesuatu masalah diselesaikan melalui sumber yang berlainan
atau yang tidak berkaitan. Pemikiran ini adalah untuk melatih minda
mempertimbangkan pelbagai aspek yang berbeza dan tidak berkaitan dengan sesuatu
masalah bagi memperoleh penyelesaian yang unik yang tidak akan tercapai dengan
hanya mengambil kira aspek-aspek biasa dan konvensional.
Kepentingan
pemikiran mendatar ini adalah sesuatu masalah yang perlu dilihat daripada
perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De Bono
manyatakan bahawa terdapat empat faktor yang sangat penting dalam persekitaran
mendatar ini iaitu :
i.
Mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam
masalah yang dihadapi
ii.
Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut
yang berlainan
iii.
Melonggarkan cara-cara pemikiran yang
terkawal
iv.
Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh
orang lain.
Tujuan
menggunakan teknik pemikiran mendatar ini adalah untuk merangsang pemikiran
kreatif khasnya dalam aktiviti yang melibatkan sumbangsaran di mana murid-murid
dalam setiap kumpulan perlu berhubung antara satu sama lain. Terdapat lima
jenis teknik pemikiran mendatar atau lateral. Diantaranya adalah :
1) Perkaitan
bebas iaitu berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapatnya banyak idea
bebas untuk murid membentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji
2) Kaedah
“Reversal” adalah untuk menilai
sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid tidak perlu mencari jawapan
yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat
cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi
3) Kaedah
objek Fokal yang melibatkan murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan
kaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji
4) Kaedah
cabaran iaitu murid-murid mencabar cara-cara atau perkara-perkara yang
dilakukan dengan keadaan yang sedia ada. Ini dilakukan bukan untuk menunjukkan
kedaan yang sedia ada itu adalah salah tetapi untuk menggalakkan konsep
“pemikiran di luar kotak”
5) Menganalisa
masalah di mana proses ini memecahkan situasi atau masalah kepada
bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali “fractions”. Seorang murid dapat menyusun semula keadaan dengan
meletakkan “fractions” dalam
cara-cara yang baru. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk
menyusun sesuatu pola dan menjana alternetif-alternatif berbeza kepada sesuatu
masalah.
Melalui
proses pemikiran mendatar ini guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk
menyelesaikan sesuatu masalah melalui pelbagai perspektif dengan menggunakan
prosedur seperti untuk memecahkan
sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil dan meletakkannya
semula untuk melihat penyelesaian yang unik dan berbeza serta untuk melihat
alternatif-alternatif yang berbeza berbanding dengan cara-cara tradisional
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Terdapat
juga beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk merangsang pemikiran lateral
atau mendatar iaitu dengan menggunakan kaedah seperti senarai rujuk, permainan
dan latihan serta matafor dan analogi iaitu persamaan dan perbandingan. Dengan
itu, ia akan menggalakkan murid berfikir secara lebih kreatif.
3.2 Pemikiran Menegak
Pemikiran menegak
dikenali sebagai “vertical thinking”.
Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang
tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kalangan yang berpemikiran
menegak akan memfokuskan kepada satu idea atau penyelesaian sebagai jawapan
yang betul serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci.
Kalangan yang berpemikiran menegak boleh mempertimbangkan perkaitan antara
sesuatu situasi atau idea yang boleh membantu mereka memahami sesuatu idea
dengan baik lalu menggunakan idea tersebut itu dalam situasi tertentu secara
berkesan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan. Di
antara ciri-ciri menegak adalah seperti berikut :
1) Murid-murid
mesti betul dan tepat dalam setiap langkah
2) Dalam
kategori pemikiran menegak, klasifikasi dan label adalah tetap
3) Seseorang
itu mesti betul pada setiap masa
4) Pemikiran
menegak mengikut urutan yang spesifik
5) Pemikiran
menegak lebih menumpukan kepada apa yang relevan
Justeru
itu, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara pemikiran
menegak dan pemikiran lateral seperti pada jadual yang berikut :
PEMIKIRAN MENEGAK
|
PEMIKIRAN LATERAL
|
·
Mencari pendekatan yang betul
|
·
Mencari sebanyak pendekatan yang
mungkin
|
·
Ketepatan
|
·
Kekayaan
|
·
Dilanjutkan jika terdapat arah
|
·
Menjana arah baru
|
·
Mengikut urutan spesifik
|
·
Fleksibel
|
·
Mesti betul pada setiap langkah
|
·
Tidak perlu betul pada setiap langkah
|
·
Meningalkan yang tidak relevan
|
·
Menerima perubahan
|
·
Kategori/label yang tetap
|
·
Label mungkin berubah-ubah
|
·
Meninjau alternatif-alternatif yang
mungkin
|
·
Meninjau alternatif-alternatif yang
tidak dijangka
|
·
Adalah proses finit/tetap
|
·
Adalah proses kemungkinan
|
·
Adalah analitikal
|
·
Adalah provokatif
|
Jadual 1 : Perbezaan antara pemikiran menegak dengan
lateral
3.3 Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis
ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena,
persoalan atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua
maklumat yang ada. Dengan kata lain, pemikiran kritis merupakan semua kemahiran
intelektual untuk menilai dan mempertingkatkan sesuatu situasi. Bagi kalangan
yang berpemikiran kritis, penerokaan yang berlaku sangat berkaitan dengan
pengalaman yang dialami sama ada melalui bahan bacaan, pemerhatian, mendengar
dan melihat atau menempuhnya sendiri.
Pemikiran
kritis menentukan sesuatu atau mempercayai sesuatu. Pemikiran kritis juga
mementingkan aspek penilaian yang munasabah. Initipatinya, pemikiran kritis
merupakan cara yang berdisiplin yang digunakan oleh seseorang untuk mengesahkan
sesuatu.
Menurut
Nosch (2001) terdapat tiga bahagian dalam pemikiran secara kritis iaitu cara
bertanya soalan, cuba menjawab soalan dengan memikirkan tentang jawapan dan
percaya penaakulan seseorang. Murid-murid yang telah memperolehi kemahiran
pemikiran kritis akan menunjukkan ciri-ciri seperti :
I.
Membina kemahiran pemikiran dan penaakulan
yang diperlukan untuk menilai maklumat dan menyelesaikan masalah
II.
Menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal
melalui cabaran aktif dan penglibatan dalam kursus sepanjang kurikulum
III.
Boleh menganalisa hujah dan menjana tafsiran
yang menunjukkan pola kreatif yang meyakinkan
Terdapat beberapa cara guru boleh menerapkan kemahiran
pemikiran kritis di kalangan murid-murid adalah seperti yang berikut :
a) Mengunakan
strategi berpusatkan murid. Ini akan membolehkan murid-murid membuat penilaian
dan mencari penyelesaian yang optimal
b) Mengurus
fakta secara sistematik dan tersusun
c) Mengarah
soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid supaya murid menilai
semua fakta dengan tujuan menyelesaikan masalah
d) Memberi
soalan yang lebih sukar kepada murid yang lebih bijak untuk menggalakkan tahap
pemikiran kritikal yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, murid perlu mempelajari kemahiran
pemikiran kritis melalui kombinasi metodologi arahan terus, demonstrasi,
menghafal dan teknik menyelesaikan masalah. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah
yang kritis, seseorang individu perlu menjana idea-idea yang bernas dan kreatif
dengan membuat analisa secara kritis dan kritikal. Oleh itu, pemikir secara
kritis mesti menjadi pemikir kreatif yang dapat menjana pelbagai penyelesaian
yang terbaik kepada sesuatu masalah atau konflik yang terlibat.
3.4 Pemikiran
Kreatif
Pemikiran kreatif
ialah satu jenis pemikiran di mana seseorang itu dapat memikirkan pelbagai idea
baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Seorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di kalangan
murid-muridnya dengan memberikan peneguhan secara positif dalam bentuk ganjaran
dan hadiah apabila muridnya dapat melahirkan idea-idea yang bernas dan kreatif
serta unik.
Beberapa orang pengkaji seperti Cropley (1967) dan
Torrance (1962 dan 1972) menyatakan bahawa kanak-kanak yang kreatif biasanya
menimbulkan gangguan dalam bilik darjah kerana kalangan ini kurang menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran guru.
Ciri-ciri pemikiran kreatif adalah seperti yang berikut :
1. Sengaja
menghasilkan idea baru, konsep baru serta fikiran yang baru
2. Mengutamakan
cara-cara yang berbeza untuk melihat sesuatu
3. Melafazkan
fikiran dengan cara-cara yang unik dan berbeza untuk melihat sesuatu yang
sedang difikirkan
4. Tidak
berminat untuk mengikuti idea-idea yang sedia ada dalam persekitaran
5. Memikirkan
cara-cara baru untuk mencadangkan penyelesaian pada satu permasalahan yang
wujud
Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan
strategi pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri penemuan dan kaedah
penyelesaian masalah supaya murid dapat berpeluang untuk menjanakan idea-idea
yang kreatif. Selain daripada itu, guru juga perlu menggalakkan pemikiran
kreatif adalah dengan memperbanyakkan soalan-soalan terbuka dalam bilik darjah
dan menerima pelbagai jawapan sebagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan
munsabah.
Di samping itu juga, guru harus memperbanyakkan aktiviti
yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat
supaya murid dapat bermusyarah dan melibatkan diri dalam kelas perbincangan
secara intelektual. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembelajaran dan pengajaran supaya mewujudkan murid-murid mempunyai kemahiran
berfikir secara kreatif.
3.5 Pemikiran
Divergen
Menurut kajian
ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen boleh diertikan sebagai pemikiran
kreatif. Ini adalah kerana pemikiran divergen sering kali digunakan untuk menghasilkan
kreativiti. Pemikiran divergen memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif
terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai. Selain
daripada itu, pemikiran divergen ini dikenali sebagai pemikiran bercapah.
Tujuan utamanya adalah untuk murid menjanakan seberapa banyak idea mengenai
satu topik dalam satu masa yang telah ditetapkan. Melalui pemikiran ini juga
melibatkan kemahiran guru dalam membahagikan sebuah topik kepada unit-unit yang
kecil supaya murid dapat menganalisis sesuatu topik dengan lebih mendalam.
Idea-idea yang telah dibahagikan kepada unit-unit kecil
disusun semula dalam satu struktur yang bersistematik dengan menggunakan satu
lagi jenis pemikiran iaitu pemikiran konvergen. Pemikiran divergen harus
berlaku dalam satu persekitaran yang spontan dan murid harus diberi peluang
untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa sekatan. Menurut Guilford (1959)
terdapat empat ciri pemikiran divergen iaitu kepelbagaian yang menunjukkan muird
berupaya untuk menghasilkan pelbagai idea untuk sesuatu situasi. Selain daipada
itu, fleksibel iaitu murid menggunakan perspketif yang berbeza untuk
menghasilkan pelbagai cara penyelesaian masalah. Di samping itu juga, keaslian
iaitu murid berupaya untuk memikirkan idea-idea baharu yang berguna dan
praktikal serta ciri seterusnya adalah terperinci iaitu murid berupaya untuk
menjelaskan sesuatu secara terperinci.
Melalui proses pemikiran divergen ini individu yang berkenaan
tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada tetapi
berfikir secara kreatif untuk mencari cara atau idea baru yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Biasanya, pemikiran
divergen menggunakan unsur-unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka
dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
3.6 Pemikiran
Konvergen
Mengikut Free Dictionary, pemikiran konvergen
boleh didefinisikan sebagai pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu
kepada penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran ini dikenali sebagai pemikiran
bertumpu atau berpandu. Pemikiran konvergen terdiri daripada satu proses yang
menggabungkan idea-idea yang berlainan tema yang tertentu dalam satu struktur
yang tersusun dan yang boleh difahami. Selain daripada itu, mengikut Guilford
(1967) menyatakan bahawa pemikiran konvergen adalah satu jenis daya berfikir.
Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan
seseorang itu menggunakan pengetahua sedia ada denagn integrasi logic dan
susunan demi mengahsilkan satu idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian
masalah dilakukan berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, peraturan,
prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan adalah menerangkan, menyatakan, membandingkan
serta membezakan. Guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana melalui
pemikiran ini murid perlu membuat pilihan daripada banyak jawapan atau alternatif-alternatif
yang berbeza-beza.
Murid yang bijak akan mempraktikan pemikiran jenis ini
adalah murid yang dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber
untuk membentuk satu penyelesaian yang betul. Oleh itu, pemikiran konvergen
sangat sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains. Selain itu pemikiran
ini banyak juga diuji dalam peperiksaan-peperiksaan awam.
3.7 Pemikiran Reka
Cipta
Pemikiran reka cipta
didefinisikan sebagai pemikiran artistik di mana individu boleh menunjukkan
kemahiran dan bakat di dalam pemikiran ini. Individu yang mempunyai kemahiran
pemikiran reka cipta yang tinggi menunjukkan sifat-sifat seperti kemahiran
motor yang tinggi, kemahiran yang tinggi dalam berinteraksi dengan orang lain
dan boleh mencipta sesuatu yang unik dalam jangka masa yang pendek.
Pemikiran ini sangat penting dalam mata pelajaran seperti
Seni, Pengukiran, Kemahiran Hidup, Pengajian Tempatan dan Sains di mana murid
mesti mengkoordinasikan pergerakan tangan mereka dengan menggunakan kemahiran
motor mereka. Guru boleh memanipulasikan kemahiran motor ‘manipilatives’ murid-murid untuk mempertingkatkan kemahiran reka
cipta secara kreatif mereka. Proses ‘manipulatives’ akan melibatkan
koordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh kemahiran tangan. Ini akan
merangsang perkembangan motor halus murid kerana ia memerlukan kemahiran
pengunaan tangan yang secara terkawal dan otot jari.
Alat permaian yang boleh menguatkan kemahiran motor halus
dan kasar murid-murid iaitu seperti teka-teki dan ‘play dough’. Oleh yang demikian, guru-guru hendaklah memasukkan
beberapa strategi dan aktivit-aktiviti yang boleh mempertingkatkan kemahiran
koordinasi otak dan motor murid-murid. Satu daripada masalah yang utama yang
dihadapi oleh guru adalah mengajar murid-murid yang mempunyai kemahiran motor
halus dan kasar yang berbeza-beza antara satu sama lain di dalam bilik darjah.
3.8 Pemikiran Celik
Akal
Pemikiran celik akal
didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan.
Pemikiran celik akal ini juga merujuk kepada kebolehan mental seseorang
individu untuk menggunakan celik akal yang berbentuk abstrak untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang sedia ada. Pemikiran ini juga berhubungkait
dengan memperolehi penyelesaian secara tiba-tiba atau secara spontan dalam menyelesaikan
sesuatu masalah seperti yang telah dikemukakan oleh Teori Kohler. Oleh itu,
pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman “Aha”. Ini adalah kerana ia berhubung-kait
kepada situasi di mana individu-individu tersebut untuk mendapatkan sesuatu
penyelesaian kepada masalah secara tiba-tiba atau spontan dan dalam keadaan
yang tidak terancang.
Melalui proses pemikiran celik akal, murid-murid akan
mengalami pengalaman baru dan penyelesaian kepada masalah dan juga mendapat
pengertian yang mendalam. Mengikut pengertian ini, apa yang tidak diketahui dan
difahami pada masa yang lampau akan menjadi lebih jelas dan mudah kepada
seseorang individu tersebut. Pengalaman lepas dan kesediaan murid-murid untuk
belajar akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah
mereka secara cepat dan lebih efisien.
Strategi yang dicipta dari pemikiran jenis celik akal ini
adalah berbeza daripada proses pemikiran yang normal. Guru patut menggunakan
rangsangan yang sesuai untuk menggalakan pemikiran celik akal di kalangan
murid-murid mereka dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti kotak
teka-teki, radas matematik dan sebagainya. Guru juga mesti memastikan memberi
penjelasan yang sangat jelas tentang proses-proses dan kaedah-kaedah yang
terlibat sebelum memberi arahan kepada murid-murid untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemikiran celik akal. Oleh itu, guru perlu
memikirkan cara-cara yang berbeza untuk menyemai pelbagai kemahiran berfikir di
kalangan murid-murid.
4.0
TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Salah satu matlamat
yang penting dalam pendidikan adalah membantu murid-murid dengan menggabungkan
pemikiran kreatif untuk menjanakan idea-idea dan pemikiran kritikal untuk
menilai idea dengan lebih produktif. Kedua-dua jenis pemikiran ini adalah
sangat penting bagi membentuk seorang pemikir yang seimbang.
Menurut Dr. Edward de Bono dalam CoRT Thinking Programme, kemahiran berfikir seseorang murid boleh
dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut :
i.
Mengadakan perbincangan di antara murid-murid
di dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu
semasa dari segi kebaikan dan kelemahan
ii.
Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang
sesuai untuk mencari sesuatu alternatif, kemungkinan atau pilihan untuk
membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan
iii.
Membimbing murid supaya mempertimbangkan
semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan
iv.
Membimbing murid meneliti segala akibat yang
mungkin berlaku dalam jangka masa pendek serta jangka masa panjang
v.
Membimbing murid meninjau sesuatu idea atau
pendapat dari sudut pandangan orang lain
vi.
Membimbing murid supaya memahami dan
menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara
yang tepat.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah
untuk menyemai pengajaran kemahiran berfikir dalam konteks kurikulum dan bukan
kurikulum adalah seperti yang berikut:
·
Pengajaran
langsung pemikiran dalam konteks bukan kurikular
- Dalam
pengajaran langsung murid-murid belajar melakukan satu siri urutan tugas dengan
penjelasan daripada guru. Oleh yang demikian, pengajaran langsung boleh
digunakan untuk pengajaran pada tahap tinggi seperti penaakulan deduktif dan
induktif, sejarah, analisa sastera, kimia, sains, penaakulan undang-undang dan
sebagainya.
·
Penggunaan
kaedah-kaedah yang mengalakkan pemikiran dalam konteks kurikular
- Guru
perlu menyusun semula kaedah pengajaran dan hasil pembelajaran untuk memasukkan
kemahiran berfikir secara spesifik yang mereka ingin terapkan setiap hari dalam
konteks kurikular
·
Penyusunan
pelajaran dengan objektif kemahiran yang spesifik
- Guru
perlu menyusun semula pelajaran dengan objektif kemahiran berfikir yang
spesifik semasa melakukan sesuatu kurikulum. Mereka juga perlu mengenal
tugas-tugas pemikiran yang sebenar di mana murid-murid dijangka akan buat.
PENYEMAIAN KEMAHIRAN
BERFIKIR
|
KAEDAH MENGGALAK KEMAHIRAN BERFIKIR
|
- Menyemai
kemahiran berfikir kreatif
|
- Menjana
banyak pilihan divergen bagi sesuatu situasi penyelesaian masalah
|
- Menyemai
kemahiran berfikir mata-kognisi
|
- Memantau,
menilai dan memandu pemikiran sendiri
|
- Menyemai
pemikiran kritikal atau kemahiran berfikir secara konvergen
|
- Menganalisis
komponen dan hubungan dalam sesuatu sistem
|
- Menyemai
pemikiran divergen
|
- Membanding
dan membezakan pilihan-pilihan
|
- Menyemai
kemahiran berfikir divergen dan penaakulan
|
- Membuat
inferens atau kesimpulan dan pentafsiran dari data
|
Jadual 2 :
Kaedah-kaedah untuk menyemai kemahiran berfikir
Oleh itu, guru-guru perlu memainkan peranan yang sangat
penting dalam membantu murid-murid menjadi pemikir yang efektif walaupun mereka
memiliki gaya-gaya pembelajaran yang berlainan.
5.0
KESIMPULAN
Kemahiran berfkir
adalah berkait rapat dengan kemahiran belajar. Semasa kita belajar, kita menggunakan
kemahiran berfikir untuk memahami atau mengingati fakta dan ilmu pengetahuan
yang dikaji. Selain itu, kita gunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran. Bagi masalah yang
kompleks dan rumit, kita perlu gunakan kemahiran berfikir secara kritis dan
bagi masalah yang bersaintifik atau menjana dan menghasilkan idea baru, kita
juga perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif.
Terdapat beberapa jenis kemahiran berfikir iaitu pemikiran
secara mendatar atau lateral, pemikiran menegak, pemikiran kritis, pemikiran
kreatif, pemikiran divergen, pemikiran konvergen, pemikiran reka cipta dan
pemikiran celik akal. Setiap guru perlu menggunakan strategi pembelajaran yang
sesuai dan menggunakan alat bantu mengajar yang efektif agar pengajaran dan
pembelajaran lebih kreatif dan menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif
dan lebih kritis.
Oleh
itu, guru-guru perlu mengenal jenis-jenis pemikiran yang menekankan kebolehan
murid-murid dalam setiap pelajaran dan perlu menyemai kemahiran berfikir yang
asas seterusnya kemahiran berfikir pada tahap yang tinggi dalam aktiviti kelas
seperti membuat keputusan dan metakognitif iaitu menekankan tentang kemahiran
berfikir. Di samping itu, guru perlu tahu apa kaedah yang sesuai untuk
menggalakkan kemahran berfikir di kalangan murid-murid. Secara kesimpulannya,
kemahiran berfikir adalah sangat penting dalam menggalakkan murdi-murid
berfikir secara lebih kreatif dan lebih kritis.
No comments:
Post a Comment