1.0 PENGENALAN
Sebelum mengambil langkah-langkah untuk mengenalpasti tingkah laku, sebagai guru perlu mengetahui terlebih dahulu jenis-jenis tingkah laku dan punca tingkah laku ditunjukkkan.Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain.Contohnya tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti disruptif iaitu perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. Pergantungan berlebihan ialah kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Manakala tingkah laku agresif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya. Distruktif pula adalah perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami
faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi
panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut.
Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan
dengan masalah tingkah laku kanak-kanak iaitu
persekitaran, tekanan psikologikal, ketakutan dan fobia,peneguhan yang
kurang sesuai,kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad, kesukaran tugasan,
aktiviti dan tahap rangsangan, kesihatan dan perubatan,jangkaan tingkah laku.
2.0
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PERUBAHAN
TINGKAH LAKU
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
2. 1 Memilih tingkah laku sasaran
Tingkah
laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan
dalam proses perubahan.Memilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu
masa iaitu dengan mengenalpasti masalah-masalah seperti masalah yang
membahayakan diri dan orang lain, Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya
dan murid lain, masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain,masalah
yang tidak sesuai dengan umurnya ,masalah yang terlalu kerap berlaku,masalah
yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu,masalah yang
menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya (Zirpoli
& Mellow, 2001). Menganalisis tingkah laku sasaran berdasarkan jenis
tingkah laku,kekerapan berlaku,jangka masa berlaku,tahap keterukan,jumlah
keseluruhan tingkah laku,Mempertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada
meningkat atau mengurang.Seterusnya memastikan tingkah laku dapat dibuat
pemerhatian dan memastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.Tingkah laku
sasaran dinyatakan dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.
2..2 Mengumpul dan merekod data
Sebelum melaksanakan
program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah
laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai
’baseline data’.Tujuan mengumpul data adalah untuk mengetahui jumlah tingkah
laku tersebut dalam sehari,mengetahui waktu tingkah laku paling banyak
berlaku.Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu
dan mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.
Maklumat mengenai tingkah
laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik seperti
Rekod naratif, Rekod anekdot, Rekod naratif Berterusan, Rekod kejadian (Event
recording), Rekod kekerapan,Rekod jangka masa (Duration), Rekod had masa
(Interval) dan Rekod sampel masa.
2.3 Melaksana intervensi
Setelah guru mengumpul
segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru
dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut.
Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil
perhatian dahulu, iaitu:
i. Apakah jenis tingkah
laku yang dapat diperhati?
ii. Tingkah laku yang mana
satu harus diberi keutamaan?
iii. Bila tingkah laku itu
berlaku?
iv. Kekerapan tingkah laku
itu berlaku.
v. Apakah punca/sebab
tingkah laku itu berlaku?
vi. Bagaimana hendak
mengurus tingkah laku tersebut?
‘Baseline data’ yang diperolehi hendaklah diteliti untuk
melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku itu itu berlaku. Dari
sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Progam
intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau
mengurangkan tingkah laku yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.
Program intervensi
dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:
i. Fasa pra intervensi
ii. Fasa intervensi
iii. Fasa selepas
intervensi
Fasa pra intervensi
Dikenali sebagai ”baseline
period”, iaitu guru akanmengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid
melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi . Rekod baseline data ini akan
djadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.
Fasa intervensi
Setelah guru berpuas hati
dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh
memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program
intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti
dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi.
Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama dua
minggu.
Fasa selepas intervensi
Dalam fasa ini tingkah laku
murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh
intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan
direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.
2.4 Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang
dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline
data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan
sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Gambaran rekod
penilaian intervensi adalah seperti berikut.
Kekerapan
|
30
|
||||||||||||||||||||
25
|
|||||||||||||||||||||
20
|
.
|
.
|
.
|
.
|
.
|
||||||||||||||||
15
|
.
|
.
|
.
|
.
|
|||||||||||||||||
10
|
.
|
.
|
.
|
||||||||||||||||||
5
|
.
|
.
|
.
|
.
|
.
|
||||||||||||||||
0
|
.
|
.
|
.
|
Hari I S R K J I S R K J I
S R K J I S R K J
__Baseline data 1__ ______________ Intevensi ______________ __Baseline
data 2 _
(Fasa pra intervensi) (Fasa
intervensi ) (Fasa selepas Intervensi)
Baseline
data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi dilaksanakan.
Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh
murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan
mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.
Strategi dan prosedur
pengurusan tingkah laku
Meningkatkan Tingkah Laku
dengan peneguhan positif,peneguhan negative,pembentukan (shaping),kontrak,
ekonomi token,modeling, rantaian (chaining) dan pengaburan/pelunturan (fading).Cara
Mengurangkan Tingkah Laku penghapusan (extinction),
’time-out’, kejemuan (satiation),hukuman/dendaan, disensitisasi, ’overcorrection’
dan ’Response cost”.
Strategi pengurusan tingkah
laku mengikut model
a.
biofizikal
b.
psikodinamik
c.
behavioral
d.
persekitaran
3.0 CARA-CARA MENGENALPASTI
MURID-MURID YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU
Satu penilaian tingkah laku boleh dijalankan bagi
mengenalpasti tingkah laku sebenar murid
yang menyebabkan sesuatu masalah pembelajaran atau masalah disiplin.Dalam
konteks ini,Penilaian Tingkah Laku Berfungsi (Functional Behavioral Assessment)
ialah satu pendekatan yang mengintegrasikan pelbagai teknik dan strategi untuk
mendiagnosis sebab-sebab dan untuk mengenalpasti intervensi-intervensi yang
berkemungkinan untuk mengatasi tingkah laku bermasalah.Teknik dan strategi yang
digunakan ialah seperti temubual,ujian diagnostik dan psikologi,pemerhatian dan
kaedah-kaedah yang lain.Faktor-faktor afektif,sosial dan biologi yang
menyebabkan tingkah laku bermasalah dapat dikenalpasti melalui penilaian
tingkah laku berfungsi.Ia juga digunakan untuk mengesyorkan matlamat-matlamat
dan tindakan-tindakan yang perlu dicapai untuk menyelesaikan tingkah laku
bermasalah.
3.1 JENIS-JENIS UJIAN
(PSIKOLOGI DAN DIAGNOSTIK)
Sebelum sesuatu ujian psikologi dan diagnostik
dijalankan,satu proses perlu dijalankan oleh guru dengan mengenalpasti murid
yang menunjukkan tingkah laku bermasalah dan membuat perbincangan dengan
ibubapa murid tersebut bagi meminta maklumat mengenai perkembangan keseluruhan
murid tersebut.Selepas perbincangan,ujian I.Q akan diberikan kepada murid-murid
untuk menentukan kebolehan akademiknya secara keseluruhan dan mengenapasti
kekuatan dan kelemahannya.Guru juga boleh mentadbir ujian-ujian diagnostik
untuk mendiagnos tingkah lakunya dengan lebih terperinci.Hasil keputusan ujian
diagnostik akan dibincangkan dengan ibubapa murid tersebut.Guru akan menasihati
mereka tentang tindakan susulan yang mereka harus ambil untuk mengatasi masalah
tingkah laku bermasalah anak mereka.Ibubapa diberikan keputusan ujian-ujian
dalam satu laporan khas.Ujian diagnostik/psikologi boleh ditadbir dalam bentuk
soal selidik,skala motivasi atau senarai semak untuk membuat penilaian serta
penganalisaan tingkah laku bermasalah murid secara sistematik dan terperinci.
3.1.1 Penilaian Psikologi
Secara umumnya penilaian bolehlah
ditakrifkan sebagai satu kaedah atau satu sistem yang digunakan untuk membuat
sesuatu perancangan baru yang lebih baik dan lebih berkesan. Ianya bermula
dengan membuat pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat sesuatu
keputusan. Secara keseluruhannya penilaian boleh dijalankan oleh pakar-pakar
psikologi, pakar psikiatrik, guru pendidikan khas, guru-guru dan ibu bapa.
Umumnya penilaian dijalankan bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan
serta keperluan seseorang pelajar.D.
Stufflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision
(Pedagogi 3 Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan
Inklusif, Mok Soon Sang, Kumpulan Budiman Sdn Bhd 1997 ) membuat takrifan,
penilaian itu sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang
berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil
selanjutnya.Penilaian itu adalah sesuatu rumusan daripada dapatan data-data
yang telah dikumpul. Dengan kenyataan-kenyataan yang tepat berkenaan tahap
pencapaian atau kemerosotan perubahan tingkah laku, sikap, sahsiah, harga diri
seseorang atau untuk lain-lain tugasan. Dalam konteks ini pengukuran juga
adalah penilaian yang dapat dinyatakan dalam bentuk kuantiti iaitu angka atau
gred.
jenis-jenis penilaian psikologi
Menurut
ahli-ahli psikologi penilaian terbahagi kepada beberapa kategori.
Antaranya seperti berikut Penilaian Pengesanan,Penilaian
Diagnostik,Penilaian Perkembangan,Penilaian Pencapaian, Penilaian Aptitut,
Penilaian Kebolehan, Penilaian Kerjaya, Penilaian Personaliti dan Penilaian
Kesihatan Mental.Biasanya penilaian psikologi dijalankan untuk murid-murid yang
menunjukkan isu emosi dan atau tingkah laku seperti kemurungan,kebimbangan,serangan
panik atau penggunaan dadah/arak.Ia terdiri daripada sesi temuduga dan analisa
sejarah /latar belakang.Penilaian psikologi terdiri daripada pengukuran dan
penilaian seperti perasaan/emosi,personaliti,tekanan dan distres (reaksi kepada
tekanan),stail dan kebolehan untuk berkait kepada orang lain dan tingkah laku
bermasalah dan emosi.Penilaian ini bertujuan untuk mendapat satu gambaran yang
jelas mengenai tingkah laku bermasalah klien atau tahap emosi distres dan juga
untuk menilai kekuatan dan kelemahan murid secara
keseluruhannya.Komponen-komponen penilaian psikologi adalah seperti
perkembangan sensori,perkembangan motor,perkembangan bahasa,perkembangan
persepsi,perkembangan perhatian,perrkembangan kognitif,perkembangan
afektif,perkembangan sikap,perkembangan imej kendiri dan perkembangan
inter-personal.Dalam penilaian psikologi mengkaji minat dan faktor-faktor
vokasional untuk mengukur kematangan dan integriti kanak-kanak dan interaksi
dinamik mereka dalam konteks pendidikan.
Penilaian psikologi ialah
berdasarkan sejarah perkembangan dan sosial kanak-kanak,pemerhatian diagnostik
dalam persekitaran bilik darjah serta ujian-ujian psikologi .Ujian-ujian
psikologi adalah seperti ujian kecerdasan,penilaian pencapaian
pendidikan,penilaian personaliti serta penilaian kerjaya dan vokasional.
Penilaian Psikologi adalah penilaian yang berkaitan secara langsung dengan
tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Secara
keseluruhannya Penilaian Psikologi ini bermatlamatkanuntuk membantu penilai
mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi, tingkah
laku dan mental mereka. Di sini telah berlaku peningkatan keperluan minda dan
pembentukan respon afektif individu. Semua proses ini adalah menuju ke
arah perkembangan psikologi.
Terdapat alat yang digunakan untuk menilai ciri-ciri personaliti untuk interaksi sosial dan kehidupan sosial iaitu CPI (California Psychological Inventory).Senarai Semak Identifikasi Tingkah Laku adalah bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti murid-murid yang sedang menunjukkan tingkah laku bermasalah di sekolah seperti bertindak berlebihan,penarikan diri.perhatiannya mudah alih oleh orang lain,perhubungan bermasalah dengan rakan sebaya dan ketidakmatangan.Manakala Skala Penilaian Conner digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak hiperaktif dan untuk menilai keseriusan masalah ini.Ujian psikologi Portland Problem Behavior Checklist (PPBC) dicipta untuk membantu personel sekolah untuk mengenalpasti tingkah laku bermasalah dan untuk mengimplementasikan dan menilai prosedur-prosedur intervensi untuk memulihkan atau mengubah semua tingkah laku bermasalah murid-murid.Bagi tingkah laku bermasalah yang sangat serius,ahli psikologi sekolah,guru dan kaunselor sekolah perlu menjalani ujian psikologi yang lebih komprehensif yang dikenali sebagai penilaian diagnostik.
Terdapat alat yang digunakan untuk menilai ciri-ciri personaliti untuk interaksi sosial dan kehidupan sosial iaitu CPI (California Psychological Inventory).Senarai Semak Identifikasi Tingkah Laku adalah bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti murid-murid yang sedang menunjukkan tingkah laku bermasalah di sekolah seperti bertindak berlebihan,penarikan diri.perhatiannya mudah alih oleh orang lain,perhubungan bermasalah dengan rakan sebaya dan ketidakmatangan.Manakala Skala Penilaian Conner digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak hiperaktif dan untuk menilai keseriusan masalah ini.Ujian psikologi Portland Problem Behavior Checklist (PPBC) dicipta untuk membantu personel sekolah untuk mengenalpasti tingkah laku bermasalah dan untuk mengimplementasikan dan menilai prosedur-prosedur intervensi untuk memulihkan atau mengubah semua tingkah laku bermasalah murid-murid.Bagi tingkah laku bermasalah yang sangat serius,ahli psikologi sekolah,guru dan kaunselor sekolah perlu menjalani ujian psikologi yang lebih komprehensif yang dikenali sebagai penilaian diagnostik.
3.1.2 Penilaian Diagnostik
Penilaian diagnostik berfokus kepada
menilai ciri-ciri biasa dan tidak biasa mengenai fungsi keseluruhan seseorang
individu.Penilaian diagnostik terdiri daripada komponen-komponen seperti
temuduga klinikal,peperiksaan status mental
dan satu atau lebih peperiksaan psikologikal.Ia juga terdiri daripada
penilaian komprehensif yang terdiri daripada ukuran personaliti yang panjang
dan terperinci.Ujian ini dilakukan oleh ahli –ahli psikologi dan kaunselor
sekolah kerana agak sukar dan guru kelas tidak ada masa untuk mentadbir banyak komponen dalam
peperiksaan diagnostik.Sebagai alternatif guru boleh menjalani teknik-teknik
bukan penilaian seperti pemerhatian dan temubual yang lebih senang ditadbir.
3.2 JENIS BUKAN UJIAN (PEMERHATIAN DAN TEMUBUAL)
3.2.1 Pemerhatian
Pemerhatian merujuk kepada satu kaedah yang boleh
digunakan oleh guru untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid-murid dan
menentukan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu tingkah laku bermasalah.Guru
boleh menggunakan kaedah pemerhatian untuk membuat analisis yang tepat mengenai
reaksi murid yang diperhatikan dalam situasi-situasi yang tertentu.Data yang
dikumpul oleh guru melalui kaedah ini penting kerana dapat merancang tindakan
susulan untuk mengurangkan atau menyelesaikan salah laku di dalam bilik darjah
serta dapat menolong guru mengawal tingkah laku bermasalah dalam bilik
darjah.Teknik-teknik pemerhatian yang boleh digunakan di dalam sekolah untuk
merekod pencapaian murid-murid atau tingkah laku adalh seperti frekuensi,kadar,jangkamasa,perakam
interval,sampel masa dan rekod anekdot.
Sebelum sesuatu pemerhatian dijalankan,guru perlu
memastikan lokasi pemerhatian iaitu dimana tingkah laku bermasalah berlaku.Guru
juga harus menjadualkan pemerhatian pada masa yang tingkah laku bermasalah
berkemungkinan berlaku dan membenarkan syarat untuk tingkah laku tersebut
berlaku.Guru perlu mengambil kira tingkah laku spesifik dan maklumat yang akan
dikumpul daripada pemerhatian sebelum menentukan jenis teknik pemerhatian.Guru
juga perlu membuat pengiraan frekuensi ,kadar dan jangkamasa untuk merekod
tingkah laku bermasalah.Perekodan interval ialah satu teknik yang mengukur
samada satu tingkah laku berlaku dalam satu selang masa spesifik yang
ditetapkan atau tidak.Ia digunakan untuk merekod kekerapan sebarang tingkah
laku yang boleh diperhatikan.Tetapi kaedah ini membebankan pemerhati kerana
mengambil banyakmasa.Rekod anekdot merujuk kepada nota-nota bertulis yang
menghuraikan kejadian tingkah laku bermasalah yang berlaku.Nota-nota ini
biasanya diselitkan di dalam fail peribadi murid-murid.Rekod anekdot digunakan
untuk mendokumenkan satu kejadian signifkan yang berlaku secara tiba-tiba atau
kerapkali dan keadaan atau persekitaran.Pemerhati perlu memfokus kepada
kejadian awal (sebelum berlaku) dan konsekuen (selepas berlaku).Rekod anekdot
digunakan untuk mendokumentasikan kejadian tingkah laku bermasalah dengan jelas
dan tepat sekali.Semasa menulis rekod anekdot,panduan-panduan seperti merekod
pemerhatian semasa tingkah laku bermasalah diperhatikan daripada satu masa
bermula hingga akhir harus diambil kira.Menggunakan sau borang rekod anekdot
yang diselaraskan supaya semua maklumat yang berkaitan dilengkapkan dan merekod
kejadian tingkah laku bermasalah sebenar seperti yang diperhatikan dan tidak
melibatkan perasaan pemerhati /guru mengenai kejadian
tersebut.Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam rekod anekdot adalah terdiri
daripada nama pemerhati,tarikh kejadian,masa bila kejadian berlaku,nama
murid-murid yang terlibat ,satu penerangan ringkas mengenai kejadian
tersebut,lokasi/persekitaran di mana kejadian telah berlaku,nota/rekomendasi
/tindakan yang harus diambil dan tandatangan.
Contoh: REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar:…………….……… Tarikh: ……….…………Nama Pemerhati:………….……. Masa: …………………..Tempat Kejadian: ………….……Huraian Kejadian:Ismail Junid adalah seorang murid lelaki yang baru dipindah ke kelas ini. Dia adalah seorang budak yang badannya besar. Sebentar sebelum waktu rehat, dia berkelahi dengan Mohd Ali mengenai soal siapa harus menjadi penjaga gol pasukan bola sepak kelas. Dia menumbuk meja sambil menjerit. Dia menunjukkan penumbuknya kepada Yunus dan suruh dia diam. Beberapa minit kemudian, dia menolak Kasim yang jatuh dan menangis.Maklumat Lain Yang Relevan :Tafsiran / Komen Pemerhati: |
3.2.2 Temubual
Temubual boleh didefinisikan sebagai satu siri penyoalan
dan perbincangan antara guru bimbingan/guru biasa dengan murid
bermasalah,ibubapa/penjaga,rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan
maklumat. Semua maklumat yang diperolehi daripada sesi temuduga dan pemerhatian
akan dianalisis dan dikaji oleh guru-guru untuk meyelesaikan tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah.Ujian diagnostik dan ujian psikologi boleh
digunakan untuk menganalisis semua tingkah laku bermasalah yang berlaku di
dalam bilik darjah dengan lebih terperinci dan sistematik.
3.3 KAJIAN (KAJIAN
RENTASAN,KAJIAN MEMBUJUR,KAJIAN KES DAN KAJIAN DOKUMEN)
Kaedah
atau metodologi yang boleh digunakan oleh guru untuk membuat analisis yang
lebih terperinci mengenai urid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah
di dalam bilik darjah ialah ;
a) Kajian
rentasan
b) Kajian
membujur
c) Kajian
Kes
d) Kajian
Dokumen
3.3.1 Kajian Rentasan
Kajian rentasan ialah pemerhatian yang melibatkan satu
sampel populasi pada satu masa yang sesuai, di mana kumpulan-kumpulan berlainan
boleh dibandingkan kepada peringkat –peringkat umur tertentu berdasarkan IQ dan
memori.Guru juga akan mengkaji murid-murid yang bermasalah pada
peringkat-peringkat umur yang tertentu sahaja.Guru mengambil sampel murid yang
mempunyai tingkah laku bermasalah daripada peringkat umur yang berlainan untuk
dikaji di mana perubahan-perubahan dalam tingkah laku bermasalah diukur dengan
membandingkan perlakuan murid-murid dari satu peringkat umur ke peringkat
umur.Perubahan –perubahan yang berlaku pada masa-masa itu diperhatikan dan
dianalisa dengan membandingkan tingkah laku murid daripada 3 peringkat umur
ini.Kebaikan kajian rentasan adalah ringkas dan menjimatkan kos.
3.3.2 Kajian Membujur
Kajian membujur merupakan satu kajian
korelasi yang melibatkan pemerhatian berulang mengenai item-item penyelidikan
yang sama untu satu jangka masa yang lama.Ia digunakan untuk mengkaji
perkembangan manusia sepanjang hayat dan ia merupakanperbezaan berlalu dalam
sampel manusia bukan disebabkan oleh faktor budaya.Data kajian membujur
dikumpul melalui soal selidik atau data pentadbiran.Murid-murid bermasalah
diperhatikan untuk jangka masa yang panjang
oleh guru untuk menilai semua tingkah lakunya.Ia meliputi pemerhatian untuk
mendapat maklumat terperinci mengenai perubahan-perubahan tingkah
laku.Kelemahan kajian ini memerlukan masa dan belanja yang banyak.
3.3.3 Kajian Kes
Kajian kes digunakan untuk menganalisa tingkah laku
bermasalah secara terperinci khususnya untuk murid –murid yang melakukan salah
laku yang serius.Ia melibatkan satu kajian membujur yang mendalam mengenai satu
kes dalam konteks kehidupan yang sebenar.Ia merupakan satu kaedah sistematik
cara untuk melihat kejadian ,mengumpul dan menganalisa data dan melaporkan
keputusan tersebut.Setiap aspek hidup dan sejarah individu dianalisa untuk
melihat corak dan faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah.Kajian
kes ini digunakan untuk generalisasi yang dibuat pada satu kes boleh
digeneralisasikan kepada banyak kes yang
lain.Guru akan mendapat gambaran yang tepat dan menyeluruh mengenai murid-murid
tersebut melalui kajian ini untuk satu tempoh masa yang lama.Untuk membina
kajiian kes yang kuat,guru boleh menggabungkan kaedah pemerhatian dan
temubual.Terdapat juga kelemahan di dalam kajian kes ini iaitu mengambil masa
yang lama dan keputusan kajian kes susah untuk digeneralisasikan kepada
populasi yang lebih besar.
3.3.4 Kajian Dokumen
Kajian dokumen merupakan analisis yang
dibuat oleh guru teradap sesuatu tingkah laku bermasalah berdasarkan
dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan mengenai murid-murid yang biasa
menunjukkan salah laku di sekolah.Kajian dokumen boleh dibahagikan kepada 2
jenis iaitu rekod awam/dokumen peribadi dan dokumen kehidupan.Akaun pertama
atau pengalaman dan kejadian yang telah berlaku dikenali dokumen peribadi
manakala dokumen kehidupan adalah termasuk punca diari,portfolio,gambar,kerja
lukisan,jadual ,buku skrap dan suratkhaabar.Kajian dokumen terdiri daripada
anekdot,borang maklumat murid,laporan-laporan pemerhatian dan temuramah serta
lain-lain dokumen.surat yang mengandungi maklumat mengenai tingkah laku dan perkembangan murid
bermasalah.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai guru perlu mengenalpasti
tingkah laku bermasalah yang dihadapi oleh murid kita samada tingkahlaku
positif atau negatif.Tingkah laku bermasalah merujuk kepada tingkah laku yang negatif
dalam kalangan murid-murid.Guru mengenalpasti juga punca-punca berlakunya
tingkah laku bermasalah sebelum mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan
tingkah laku iaitu dengan meemilih tingkah laku sasaran,mengumpul dan merekod data,
melakasanakan intevensi dan memilih keberkesanan intervensi.Apabila langkah-langkah
dalam proses perubahan dikenalpasti,cara-cara mengenalpasti murid yang bermasalah
tingkah laku diambil dengan menggunakan pelbagai
cara antaranya melalui ujian penilaian psikologi dan diagnostik,pemerhatian dan
temubual serta melalui kajian iaitu kajian rentasan,kajian membujur,kajian kes dan
kajian dokumen.Cara-cara mengenalpasti tingkah laku bermaslh adalah penting kepada
guru sebelum melaksanakan prosedur pengurusan tingkah laku.
Assalamulaikum cikgu, sy nk tnya, ad tak soal selidik berkaitan dengan pembentukkan tingkah laku bermasalah, kajian secara kuantitatif?
ReplyDeleterekod kekerapan
ReplyDelete